Persaingan dalam dunia audio semakin sengit, dan Xiaomi melonjak ke hadapan melalui inovasi terkininya, OpenWear Stereo Pro. Jika sebelum ini segmen fon telinga terbuka hanya menampilkan pilihan kasual, Xiaomi kini membawanya ke tahap profesional dengan reka bentuk mewah, teknologi penalaan canggih dan sistem bunyi yang tidak berkompromi.
Pada harga rasmi RM699, OpenWear Stereo Pro tampil sebagai fon telinga open-ear kelas premium yang benar-benar ingin memberi kelainan kepada pengguna Malaysia.
Pasaran fon telinga di Malaysia kian matang dengan permintaan terhadap rekaan yang lebih ergonomik dan serba boleh. OpenWear Stereo Pro menumpukan kepada keperluan kelompok profesional, pekerja pejabat, atlet rekreasi, dan penggemar audio yang mahukan keseimbangan. Dalam pada masa yang masih memberikan kepekaan pada dunia sekeliling tanpa mengorbankan mutu audio.
Antara keistimewaan utama yang ditawarkan ialah pemacu hibrid pelbagai, teknologi pengurangan kebocoran bunyi aktif, serta fungsi rakaman audio pintar yang jarang ditemui pada pesaing.
Spesifikasi
| Ciri | Spesifikasi |
|---|---|
| Pemacu Audio | Hibrid: 18x13mm dinamik, dwi angker seimbang, tweeter seramik piezoelektrik |
| Kodek Audio | LDAC, AAC, SBC |
| Penalaan Audio | Harman AudioEFX, dua profil EQ khas |
| Hayat Bateri | 8.5 jam (fon telinga) / 45 jam (termasuk pod pengecas) |
| Pengecasan | Pantas (10 minit = 2 jam main balik), port USB-C |
| Kalis Air/Debu | IP54 (fon telinga sahaja) |
| Berat | 9.7g (setiap fon telinga), 52.5g (pod pengecas) |
| Fungsi Khas | Rakaman audio terbina, pengurangan kebocoran bunyi aktif, audio spatial 360°, sambungan dua peranti serentak |
| Kawalan | Sentuhan, boleh custome melalui aplikasi Xiaomi Earbuds |
| Keserasian Perisian | Xiaomi Earbuds (Android & iOS) |
Reka bentuk
Reka bentuk OpenWear Stereo Pro tampil mewah dan moden, menepati citarasa profesional muda dan eksekutif. Melalui pilihan warna Sand Gold, Graphite Black dan Titan Gray, peranti kelihatan eksklusif dan elegan sama ada di pejabat atau ketika beriadah. Gabungan material antara logam, silikon cecair dan kulit vegan pada bekas pengecasnya bukan sahaja cantik, malah selesa dipegang.
Keselesaan dititikberatkan melalui penggunaan silikon cecair dan cangkuk telinga berasaskan dawai titanium memori ultra-fleksibel. Setiap fon hanyalah seberat 9.7g, ergonomik tiga-titik mampu memberi pemakaian selesa tanpa tekanan berlebihan.
Ia sesuai dipakai seharian, termasuk kepada pemakai kaca mata. Reka bentuk condong keluar pula mengelakkan rasa tidak selesa pada cuping telinga.
Prestasi Perisian
Aspek audio adalah kekuatan sebenar OpenWear Stereo Pro yang mempunuai kombinasi pemacu dinamik, balanced armature dan tweeter seramik memberikan pentas bunyi luas, jelas dan semula jadi. Treble bersih, vokal hidup dan bass cukup punchy, walaupun tidak seberat model in-ear dengan pengedapan penuh.
Pemacu dinamik besar 18x13mm dengan diafragma komposit polimer tinggi dan reka bentuk magnetik dalaman-luaran untuk bass yang lebih padat dan bertenaga. Dual balanced armature gred Hi-Fi untuk mid-range dan treble yang tajam lagi terperinci.
Tweeter seramik piezoelektrik ultra-frekuensi tinggi tersedia padanya pula khusus untuk harmoni halus pada frekuensi tinggi. Manakala pemacu anti-bocor bunyi 10mm khas yang mengeluarkan gelombang fasa terbalik untuk mengurangkan kebocoran bunyi.
Penalaan Harman AudioEFX
Xiaomi bekerjasama dengan Harman untuk menawarkan dua profil EQ khas melalui aplikasi. Penalaan Harman AudioEFX menambah dimensi realistik kepada keseluruhan pengalaman mendengar, terutama jika digunakan bersama peranti yang menyokong LDAC audio resolusi tinggi.
Pengaktifaan profil Harman Master atau Harman AudioEFX kerana ia secara drastik meningkatkan keseimbangan frekuensi dan kekayaan bunyi. Tanpa EQ ini, bunyi terasa agak ‘flat’ dan kurang bertenaga.
Sokongan kodek LDAC (selain AAC dan SBC) membolehkan penstriman audio resolusi tinggi hingga 990kbps, memberikan perincian lebih tajam dan dinamik lebih luas untuk pengguna yang mempunyai telefon pintar yang menyokong LDAC seperti flagship Xiaomi, Samsung atau Sony. Perbezaannya ketara terutama pada trek instrumental kompleks.
Pengalaman pengguna sangat lancar dengan pemasangan pantas melalui Google Fast Pair, kawalan sentuh responsif serta sokongan aplikasi Xiaomi Earbuds. Melalui aplikasi, pengguna boleh menala EQ, mengaktifkan audio spatial 360°, mengubah tetapan sentuhan dan mengurus fail rakaman audio.
Ciri audio dimensional dengan head-tracking turut ditawarkan. Namun, pengalaman kami dengan ciri ini agak kurang mengagumkan berbanding sistem spatial audio premium lain. Kesan 3D ada tetapi tidak begitu imersif; kadang-kadang terasa seperti simulasi buatan. Kami lebih suka menggunakan mod stereo biasa untuk mendengar muzik.
Salah satu inovasi utama OpenWear Stereo Pro ialah sistem pengurangan kebocoran bunyi aktif. Selain struktur anti-bocor tradisional, ia menggunakan pemacu tambahan 10mm yang secara aktif mengeluarkan gelombang bunyi fasa terbalik untuk membatalkan kebocoran. Teknologi ini didakwa mampu mengurangkan kebocoran bunyi 360° dalam jarak 25cm, meningkatkan privasi ketika mendengar muzik atau membuat panggilan.
Ciri Rakaman Audio Terbina
Ciri yang kami kirakan agak ‘rare’, keupayaan rakaman audio bebas secara langsung. Anda boleh memulakan rakaman dengan menekan dan menahan kawalan sesentuh pada fon telinga, atau triple-tap butang pada bekas pengecas walaupun bekas ditutup. Setiap fon telinga boleh menyimpan sehingga 120 minit rakaman, yang kemudiannya boleh dieksport ke telefon pintar melalui aplikasi Xiaomi Earbuds.
Ciri ini sangat berguna untuk wartawan, pelajar yang ingin merakam kuliah, atau profesional yang perlu merakam mesyuarat dengan pantas tanpa mengeluarkan telefon. Kualiti rakaman memadai untuk suara manusia, walaupun ia bukan studio-grade. Satu kelebihan praktikal yang membezakan OpenWear Stereo Pro daripada pesaing premium yang lain
Bateri
OpenWear Stereo Pro unggul dalam ketahanan bateri bagi penggunaan 8.5 jam tanpa henti untuk setiap caj. Ia juga boleh digunakan sehingga 45 jam penggunaan apabila digabungkan dengan pod pengecas.
Pengecasan pantas pula menyediakan 2 jam main balik dengan hanya 10 minit pengecasan, sesuai untuk gaya hidup moden yang sentiasa bergerak. Namun, bekas pengecasnya tidak disediakan dengan sokongan pengecasan tanpa wayar.
Kesimpulan
Pada harga RM699, Xiaomi OpenWear Stereo Pro adalah pelaburan yang berbaloi untuk sesiapa yang mencari fon telinga open-ear premium dengan kualiti audio mantap, keselesaan sepanjang hari dan ciri tambahan unik.
OpenWear Stereo Pro membuktikan Xiaomi mampu memberikan inovasi sebenar dalam kategori fon telinga terbuka. Didatangkan dengan pakej komprehensif merangkumi keselesaan, kejelasan bunyi, ciri pintar dan bateri tahan lama, ia benar-benar menepati keperluan profesional, pekerja pejabat, atlet rekreasi, serta pencipta kandungan yang aktif.
Walaupun terdapat kekurangan, kekuatan OpenWear Stereo Pro jelas mengatasi kelemahan kecil tersebut. Bagi pengguna yang mencari fon telinga open-ear tanpa kompromi pada mutu audio dan keselesaan, inilah jawapannya. Xiaomi berjaya mengangkat segmen ini ke satu tahap baharu dan tiada lagi alasan untuk berkompromi antara keselesaan dan kualiti bunyi.













