Utama Mobile Uber tawar perkhidmatan serendah RM0.99 di KL untuk tempoh 2 minggu

Uber tawar perkhidmatan serendah RM0.99 di KL untuk tempoh 2 minggu

681
0

Uber Malaysia tawarkan perkhidmatan tumpangan pada harga serendah RM0.99. Promosi ini terhad untuk jarak perjalanan di bawah 4 km di sekitar Lembah Klang sahaja. Setakat ini, promosi ini tidak menyatakan sama ada perlu atau tidak untuk memasukkan kod promosi bagi memanfaatkannya.

Promosi ini juga turut memaklumkan bahawa bagi pembayaran secara tunai, pengguna perlu membayar harga promosi ini pada RM1. Takkanlah nak letak harga 99 sen, nanti entah macam mana pemandu Uber nak pulangkan semula baki 1 sen tu.

Selain itu sekiranya perjalanan berkenaan menempuh kesesakan trafik yang luar biasa, kadar tambang biasa Uber akan dikenakan.

Pihak Uber tidak menyatakan sebab mengapa promosi ini diadakan dan mungkin kebetulan ia diadakan sempena bulan Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari yang lalu. Promosi ini bermula pada hari ini dan akan tamat pada 26 Februari 2017.

Sumber berita diperoleh dari Uber Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.