Utama Perbankan Nikmati 10X Prosperity & Ganjaran ‘HUAT AH!’ bersama AEON Bank

Nikmati 10X Prosperity & Ganjaran ‘HUAT AH!’ bersama AEON Bank

29
0

Kuala Lumpur, 24 Januari 2025 – Musim Tahun Baru Lunar kini telah tiba dan ia pastinya meriah dengan sambutan bersama keluarga dan sahabat  Bagi meraikan kepelbagaian budaya multi etnik di Malaysia, AEON Bank berhasrat memeriahkan lagi perayaan tersebut  dengan Kempen 10X Prosperity yang membawa ganjaran membaloi yang lebih  ‘Huat Ah!’ kepada para pelanggan.

Mulai 21 Januari hingga 16 Februari 2025, para pelanggan yang membeli-belah menggunakan Kad Debit-i AEON boleh meraih  10x Mata Ganjaran AEON yang bersamaan dengan nilai 5% pulangan tunai bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di cawangan AEON yang mengambil bahagian, termasuklah AEON BiG. Tawaran masa terhad ini merupakan inisiatif AEON Bank untuk menambah nilai bagi para pelanggan, khususnya apabila mereka membeli keperluan asas dan barangan runcit pada musim perayaan ini, lantas membolehkan mereka menikmati ganjaran tambahan serta tawaran yang lebih berbaloi serta memaksimumkan penjimatan.

Pelanggan yang bijak celik kewangan boleh terus mengumpul Mata Ganjaran AEON dan menebusnya kepada sebagai wang tunai, yang didepositkan terus akan dimasukkan ke dalam Akaun Simpanan-i AEON Bank mereka menerusi secara mudah melalui aaplikasi AEON Bank. Walaubagaimanapun, kempen AEON Points 3X dan 2X points tidak boleh ditindankan bersama dengan 10X AEON Points untuk Kempen 10X Prosperity.

Selain itu, ‘Savings Pot’ merupakan satu lagi ciri menarik yang pada aplikasi tersebut, kerana ia membolehkan pelanggan menikmati kadar keuntungan sebanyak 3.00% p.a. Di samping itu, pelanggan juga boleh mengaktifkan ciri “Optimise Savings” untuk ‘Savings Pot’ pilihan mereka. Kemudian, simpanan mereka akan dibundarkan dan baki akan didepositkan ke dalam ‘Savings Pot’ mereka secara automatik.

Satu lagi tawaran eksklusif ialah pemberian 3,000 AEON Points untuk para pelanggan baharu yang mengaktifkan Akaun SImpanan-i mereka, mulai 1 Januari hingga 28 Februari 2025. Mata ganjaran 3,000 AEON Point, bersamaan wang tunai RM15 boleh ditebus kepada nilai tunai  melalui aplikasi AEON Bank.

Selain itu, pelanggan juga boleh mengambil bahagian dalam Program Rujukan ‘Share-Share Lah’ AEON Bank. Anda hanya perlu merujuk rakan atau keluarga untuk membuka Akaun Simpanan-i AEON Bank, bagi memperoleh 1,800 Mata Ganjaran AEON (bernilai RM9) untuk setiap rujukan yang berjaya.

Sebagai bank digital islamik pertama di Malaysia, keunikan AEON Bank adalah berteraskan DNA Syariah, akar umbi Malaysia dan warisan Jepun. Manakala integrasi dengan ekosistem AEON, termasuklah program kesetiaan AEON Points memberikan para pelanggan manfaat tambah nilai dan ganjaran yang bermakna kerana Mata Ganjaran AEON boleh ditebus menjadi pulangan tunai yang dikreditkan terus ke dalam Akaun Simpanan-i AEON Bank mereka.

AEON Bank komited dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang mudah diakses, demi memperkasakan komuniti dalam mengejar aspirasi kewangan mereka untuk mencapai ketidakbersandaran ekonomi, serta memangkin masa depan kewangan yang lebih inklusif untuk semua. AEON Bank akan terus berusaha untuk mencipta senyuman, mencantumkan hati, serta menyumbang ke arah pembangunan industri perbankan Islamik di rantau ini dan pertumbuhan ekonomi digital fintech di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen 10X Prosperity dan promosi yang mengujakan termasuk Neko Mission, layari laman web rasmi AEON Bank, dan muat turun aplikasi AEON Bank melalui App Store atau Play Store dengan mengimbas Kod QR di bawah.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.