Utama Telco U Mobile Pelan U Mobile GX50 dinaiktaraf ke GX55 dengan Kelajuan Tanpa Had bermula...

Pelan U Mobile GX50 dinaiktaraf ke GX55 dengan Kelajuan Tanpa Had bermula 17 Mei ini

588
0
U Mobile 5G

Pengguna yang menggunakan pelan pascabayar Giler Unlimited (GX50) U Mobile akan menerima naik taraf secara automatik kepada pelan pascabayar GX55 yang baharu. Perubahan ini berkuat kuasa serta-merta bermula 17 Mei 2024.

Pemakluman perubahan tersebut telah dimaklumkan kepada pelanggan-pelanggan U Mobile melalui SMS sejak dari semalam.

Dari segi penawaran, satu-satunya perubahan paling ketara pada GX55 adalah ketiadaan had kelajuan 5Mbps yang ditawarkan pada pelan sebelumnya. Manakala penawaran-penawaran lain masih lagi kekal sama.

Ini bermakna, pengguna masih lagi dapat penggunaan data tanpa had dan panggilan domestik tanpa had. Untuk penggunaan Hotspot pula, pelan ini masih mengekalkan had data sebanyak 5GB bagi setiap kitaran.

[Kemaskini – 10.30 pagi, 23 Mei 2024] Bagaiamanapun, terdapat kekurangan berkenaan dengan kelajuan tanpa had ini. Pihak U Mobile telah memaklumkan kepada kami, halaman soalan-soalan lazimnya telah dikemaskini dengan perubahan baharu. Menurut halaman soalan-soalan lazim U Mobile, walaupun membenarkan penstriman muzik dan video tanpa had, kualiti untuk penstriman video masih terhad pada definisi standard penstriman video dan muzik boleh dilakukan tanpa dikenakan sebarang had kelajuan, sama seperti kelajuan untuk aktiviti dalam talian lain. Dalam pada masa yang sama, jika melebihi kuota hotspot 5GB seperti sebelum ini, kelajuan akan dikurangkan kepada 64kbps.

Satu lagi kekurangan pada pelan yang dinaiktaraf ini adalah pada perubahan harganya. Sebagaimana namanya, bayaran untuk mendapatkan pelan ini akan meningkat kepada RM55 sebulan bermula selepas 21 Jun 2024 nanti.

Buat masa ini sehingga 20 Jun, U Mobile menawarkan rebat sebanyak RM5 kepada pelanggan-pelanggan sedia ada. Syarikat telekomunikasi berkenaan juga menyatakan GX50 akan dihentikan secara rasmi bermula 17 Mei, dan semua pelanggan sedia ada yang melanggan pelan lamannya akan dinaiktaraf secara automatik.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.