KUALA LUMPUR, 20 MEI 2026 – TP-Link, penyedia peranti rangkaian dan penyelesaian rumah pintar terkemuka dunia, bakal melancarkan kedai flagship pertamanya di Malaysia pada Jumaat, 22 Mei 2026.
Terletak di Mid Valley Megamall, pembukaan ini menandakan langkah penting dalam peluasan jenama tersebut di pasaran tempatan, sekali gus menyediakan ruang sehenti bagi pengguna dan pelanggan perniagaan untuk meneroka, mencuba serta berinteraksi dengan keseluruhan ekosistem teknologi terhubung TP-Link.
Pelancaran ini berlangsung selari dengan peningkatan permintaan pasaran tempatan terhadap sistem rumah pintar bersepadu, rangkaian berprestasi tinggi, dan sistem pengawasan pintar yang semakin menjadi keutamaan. 
Mid Valley Megamall dipilih sebagai lokasi yang sesuai untuk mendekati pengguna harian serta komuniti korporat di sekitar kawasannya, menjadikan pusat beli-belah ini sebagai titik sentuh semula jadi bagi ekosistem produk kediaman dan komersial TP-Link.
“Malaysia kini muncul sebagai pasaran paling dinamik di rantau ini. Pengguna semakin sofistikated, perniagaan berkembang dengan pantas, dan permintaan terhadap teknologi yang lebih pintar terus meningkat. Kami mahu kedai flagship pertama kami mencerminkan tenaga dan momentum tersebut, dan Mid Valley dilihat sebagai lokasi terbaik untuk memulakan perjalanan ini,” kata Pengarah Serantau TP-Link Malaysia, Hugo Cai.
Kedai ini dibangunkan berasaskan konsep pengalaman interaktif yang membolehkan pengunjung melihat sendiri bagaimana teknologi terhubung dapat diintegrasikan ke dalam rutin harian. Pengunjung berpeluang meneroka penyelesaian Wi-Fi 7 terkini TP-Link yang menawarkan kelajuan lebih pantas, latensi lebih rendah dan sambungan lebih stabil, selain rangkaian produk rumah pintar dan pengawasan Tapo, termasuk kamera AI dwi-lensa untuk pemantauan dan automasi rumah yang lebih pintar.
Untuk pelanggan perniagaan, kedai ini turut menampilkan penyelesaian Omada dan VIGI yang menggabungkan teknologi rangkaian serta sistem pengawasan bertaraf perusahaan dalam satu ekosistem pengurusan bersepadu bagi memenuhi keperluan sambungan, operasi dan keselamatan perniagaan moden tanpa mengira skala. Lebih daripada sekadar ruang runcit, kedai flagship ini turut direka sebagai hab penerokaan dan pembelajaran yang membolehkan pengguna mendekati teknologi terhubung menerusi demonstrasi imersif dan aplikasi dunia sebenar.
“Apa yang kami bina di sini lebih besar daripada sebuah kedai fizikal. Seiring kepesatan transformasi digital Malaysia, kami mahu TP-Link menjadi jenama yang diyakini rakyat Malaysia untuk menyokong peralihan itu — sama ada di rumah, di pejabat, mahupun dalam perniagaan masa depan yang sedang dibina,” kata Hugo Cai.
Pembukaan kedai flagship ini turut memperlihatkan aspirasi jangka panjang TP-Link untuk terus memacu masa depan kehidupan terhubung menerusi inovasi generasi baharu dan pembangunan ekosistem digital yang lebih pintar. Selari dengan hala tuju tersebut, TP-Link kini bersiap siaga untuk era teknologi Wi-Fi 8, dengan penambahbaikan yang mampu menawarkan sambungan lebih stabil, lebih efisien, dan lebih lancar dalam persekitaran digital yang semakin terhubung.
Bagi meraikan pembukaan rasmi ini, TP-Link menawarkan pelbagai promosi eksklusif termasuk diskaun hingga 88% untuk produk terpilih dalam kategori rumah pintar dan rangkaian. Antara produk yang ditawarkan termasuk siri Deco Home Mesh Wi-Fi 7, kamera dwi-lensa Tapo serta Tapo Robot Vacuum RV50 Pro Omni. Pelanggan yang berbelanja RM200 dan ke atas pada hari pelancaran turut berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah bernilai hingga RM3,888.
Kedai Flagship TP-Link di Mid Valley Megamall @ Second Floor, S-090 dibuka setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.
Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan pelancaran produk baharu, pengguna boleh mengikuti laman Facebook rasmi TP-Link (https://www.facebook.com/TPLINKMalaysia/) dan melayari laman web rasminya (https://www.tp-link.com/my) untuk mendapatkan kemas kini dan pengumuman terbaharu.












