Utama Mobile Aplikasi Touch ‘n Go dan Shell mulakan program rintis bayaran mengisi minyak menggunakan...

Touch ‘n Go dan Shell mulakan program rintis bayaran mengisi minyak menggunakan RFID minggu ini

863
0

Touch ‘n Go eWallet dan Shell Malaysia akan memulakan program rintis bayaran isian minyak menggunakan RFID (RFID Fuelling) bermula dari 13 Julai sehingga 12 Ogos 2021.

Penawaran fungsi membolehkan pengguna RFID Touch ‘n Go membayar tanpa menggunakan kad dan telefon pintar apabila mengisi minyak.

Sebelum fungsi RFID Fuelling ini diperkenalkan kepada orang ramai, pengguna yang terpilih akan dijemput untuk menguji versi beta sistem ini dan akan menerima pulangan tunai sebanyak RM 20.

Program rintis ini akan diperkenalkan di 5 buah stesen minyak Shell di sekitar Lembah Klang, iaitu:

  • Bandar Sri Menjalara
  • Mint Hotel
  • NKVE Damansara
  • Taman Connaught
  • Taman Tun Dr Ismail

RFID Fuelling tidak memerlukan pengguna untuk melancarkan aplikasi, memilih nombor pam, dan memasukkan jumlah.

Pengguna hanya dikehendaki melengkapkan tetapan awal pada aplikasi, dan terus membawa kenderaan anda ke pam minyak yang telah ditetapkan di stesen-stesen Shell yang menyokong fungsi ini. Seterusnya boleh mengisi minyak dan terus bergerak keluar dari stesen selepas selesai mengisi. Pengguna lain di dalam isi rumah yang sama juga boleh menggunakan RFID Fuelling jika membawa kenderaan yang sama.

Cara mengaktifkan RFID Fuelling di dalam Touch ‘n Go eWallet

Jika anda terpilih untuk menyertakan program rintis ini, pertama sekali anda perlu mengemaskini aplikasi Touch ‘n Go eWallet ke versi terkini. Pada halaman utama, ketika pada ikon “Shell” dan terus ke “Activate Fuelling”.

Seterusnya, anda boleh menetapkan preset jumlah untuk RFID Fuelling dan pautkan kad BonusLink anda untuk mendapatkan mata ganjaran.

Jika anda kerap mengisi penuh minyak kenderaan anda, anda mungkin boleh menetapkan preset amaun anda ke jumlah yang lebih tinggi. Sebarang amaun yang tidak digunakan akan dimasukkan semula ke dalam eWallet anda.

Cara menggunakan RFID Fuelling

Di 5 buah stesen Shell yang menyertai program ini akan disediakan pam-pam yang menyokong RFID. Jika anda menyertai program rintis ini dan ingin membuat bayaran isian minyak secara RFID, anda perlu masuk ke dalam petak di pam minyak yang telah ditetapkan tersebut.

Apabila skrin paparan LCD memaparkan ikon pam minyak berwarna hijau, anda boleh terus mengangkat pam minyak dalam tempoh 80 saat untuk memulakan isian. Sebaik selesai, transaksi isian minyak anda akan direkodkan ke dalam Sejarah Transaksi Touch ‘n Go eWallet.

Untuk menebus pulangan tunai RM 20 yang diberikan kepada peserta-peserta program rintis ini, anda dikehendaki melakukan sekurang-kurangnya dua kali transaksi dengan minimum RM 10 untuk setiap transaksi. Pengguna juga perlu melengkapkan soal selidik yang diberikan melalui emel sebelum 15 Ogos 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai Touch ‘n Go RFID Fuelling, layari laman web rasmi Shell Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.