Sebahagian penyedia perkhidmatan dalam talian memainkan peranan masing-masing dengan menggalakkan orang ramai supaya duduk diam-diam dalam rumah.
Terbaru, platform perkhidmatan permainan PC, Steam akan menawarkan permainan Total War: Shogun 2 pada penghujung bulan April ini. Tawaran ini dibuka mulai 28 April hingga 2 Mei 2020.
Pertama kali dilancarkan pada tahun 2011 dahulu, Shogun 2 boleh dianggap sebagai permainan yang agak lama. Namun, bagi anda yang meminati permainan strategi, ini bukanlah satu halangan yang besar buat anda. Permainan ini mampu menjana minda dan mengasahkan bakat kepimpinan anda dalam mengatur strategi menewaskan musuh.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Total War: Shogun 2 secara percuma, nantikannya di Steam pada 28 April 2020. Tebus sebelum 2 Mei dan permianan ini akan menjadi milik anda selama-lamanya di dalam pustaka Steam anda.













