Utama Mobile Telco TM mula sediakan naik taraf Streamyx sehingga 100Mbps secara percuma

TM mula sediakan naik taraf Streamyx sehingga 100Mbps secara percuma

1027
0

Selaras dengan pengumuman yang telah dibuat pada awal tahun ini, TM telah mula membuka bahagian semakan khusus untuk pengguna Streamyx yang ingin memeriksa tahap naik taraf yang mampu diperoleh berdasarkan akaun masing-masing. Penawaran ini adalah percuma dan tidak melibatkan sebarang penambahan kos pada bil bulanan pengguna.

Menurut TM, naik taraf ini disediakan berdasarkan tahap kemampuan infrastruktur sedia ada di kawasan perumahan atau bangunan yang diduduki oleh pengguna.

Pengguna Streamyx yang mendiami kawasan yang diliputi oleh Unifi akan dimigrasikan ke rangkaian gentian dengan kelajuan maksima hingga 100Mbps. Bagaimanapun, kelajuan sebenar yang akan diterima adalah berdasarkan infrastruktur rangkaian kediaman masing-masing. Hal ini kerana terdapat rangkaian di bangunan-bangunan tinggi lama yang hanya mampu menyediakan kelajuan maksimum 30Mbps sahaja.

Bagi sesetengah pengguna lain yang tinggal di kawasan tiada liputan Unifi hanya mampu sekadar menerima kelajuan maksima 8Mbps sahaja. Ini juga disebabkan oleh faktor infrastruktur rangkaian setempat yang sudah ketinggalan. Namun, pihak TM menyatakan hasrat pihaknya meningkatkan prasarana rangkaian di seluruh Malaysia di masa akan datang.

Anda boleh membuat semakan naik taraf di laman web rasmi TM.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.