Home Mobile Android Cara mudah tingkatkan prestasi permainan Android

Cara mudah tingkatkan prestasi permainan Android

528
0

Menu opsyen Pembangun (Developer Options) yang tersorok di dalam Android mengandungi pelbagai fungsi yang amat berguna untuk pembangun. Bagaimanapun, fungsi ini boleh juga dimanfaatkan oleh pengguna-pengguna biasa. Jika kena pada tempatnya.

Antara fungsi yang boleh dimanfaatkan adalah peningkatan pada prestasi sewaktu bermain permainan di dalam Android. Sebelum kita pergi lebih lanjut bagaimana caranya untuk meningkatkan prestasi permainan di dalam Android, kita perlu ketahui bagaimana caranya untuk mengakses ke Developer Options ini.

Cara mengakses ke Developer Options

Untuk mendapatkannya, pengguna terlebih dahulu pergi ke halaman Tetapan (Settings) dan cari pilihan About Phone pada bahagian bawah sekali dan ketik (tap) padanya. Pada skrin berikutnya, cari ‘Build number’ dan ketik padanya beberapa kali sehingga muncul notis yang tertera seperti berikut; “You are now 3 steps away from being a developer.” Ulang mengetik sehingga notis berikut muncul; “You are now a developer!”.

Kini anda boleh memanfaatkan fungsi-fungsi Android yang dikhususkan kepada pembangun-pembangun.

Cara tingkatkan prestasi permainan pada Android

Tersembunyi di dalam Developer Options, anda perlu mencarinya pada pilihan Force 4x MSAA. Bagi yang tidak tahu apa makna MSAA, ia adalah “multi-sample anti-aliasing”.

Jika anda menghidupkan fungsi ini, telefon pintar Android anda akan render permainan pada kualiti terbaik yang boleh dicapainya. Ia akan memaksa Android untuk menggunakan 4x multisample anti-aliasing di dalam OpenGL 2.0 yang terdapat pada permainan dan aplikasi.

Apa yang anda perlu berhati-hati dengan fungsi ini

Harus diingat, fungsi ini akan menjadikan peranti anda cepat ‘kehausan’ bateri. Anda mungkin boleh menggunakannya sewaktu bateri peranti anda sedang penuh atau ketika anda berada di lokasi yang memudahkan anda mengecas telefon.

Sungguhpun menghidupkan fungsi ini dapat meningkatkan prestasi sesebuah aplikasi dan permainan, anda perlu mematikannya semula sebaik sahaja anda berhenti bermain permainan atau aplikasi agar dapat menjimatkan penggunaan bateri peranti anda.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.