Utama Mobile Aplikasi Tiada lagi SMS OTP, Semua Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian Maybank hanya gunakan...

Tiada lagi SMS OTP, Semua Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian Maybank hanya gunakan Secure2u

398
0
Maybank Secure2u Julai

Bermula 1 Julai ini, Maybank telah menggantikan sepenuhnya penggunaan SMS OTP kepada Secure2u untuk perkhidmatan perbankan dalam taliannya. Antaranya merangkumi pembayaran bil, DuitNow, FPX dan pemindahan IBG.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, Maybank menyatakan pihaknya menyokong langkah-langkah pencegahan penipuan kewangan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Secure2u merupakan kaedah pengesahan keselamatan oleh Maybank yang membolehkan penggunakan mengesahkan semua transaksi dan aktiviti perbankan dalam talian dengan mudah dan selamat. Pengguna juga boleh mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit dan juga alamat melalui kaedah tersebut.

Maybank juga mengikat satu peranti Secure2u bagi setiap akaun pengguna. Ini bermakna, kemungkinan untuk penjenayah penipuan melakukan transaksi tidak sah melalui peranti lain dapat dikurangkan. Selain itu, pihak bank berkenaan ini juga telah mengumumkan beberapa langkah pencegahan tambahan seperti:

  • Tempoh bertenang (cooling-off) untuk peranti yang baru atau bertukar dari peranti Secure2u lama
  • Mengetatkan lagi peraturan mengesan transaksi yang meragukan
  • Membuang pautan dari SMS
  • Menyediakan talian hotline khas 24/7 aduan penipuan untuk pengguna
  • Ciri Kill Switch untuk menyahaktifkan akses perbankan dalam talian dan menyekat kad kredit dan kad debit.

Kesemua pengesahan Secure2u akan dipindahkan kepada aplikasi MAE bagi memastikan aktiviti perbankan yang lebih selamat untuk pengguna. Maybank juga menggesa orang ramai yang masih belum memuat turun aplikasi MAE untuk melakukannya pada kadar segera.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.