Utama Internet Google bawakan sokongan HTTPS ke Blogspot

Google bawakan sokongan HTTPS ke Blogspot

602
0

Beberapa tahun kebelakangan ini, Google membawakan sokongan sambungan enkripsi HTTPS kepada hampir keseluruhan produk mereka seperti carian, Gmail dan Google Drive. Syarikat enjin carian ini juga menggunakan sokongan HTTPS sebagai salah satu penanda aras dalam keputusan enjin carian.

Bermula hari ini, Google telah membawakan sokongan HTTPS pada platform penulisan blog mereka, Blogspot.

Google merupakan hos kepada blog-blog rasmi menggunakan platform Blogspot dan dari hari ini kedua-dua Official Google Blog dan the Google Online Security Blog akan menggunakan HTTPS. Lain-lain blog bawah kendalian Google akan menyusul kemudian.

Pada pandangan Google, penggunaan HTTPS mampu menghalang aktiviti menjejak terhadap penulis dan juga pengunjung blog oleh pihak yang berniat jahat. Malah, para pelawat juga lebih selamat kerana insiden-insiden seperti dibawa masuk ke laman web lain yang tidak sepatutnya dapat dielakkan.

Bagi pelawat yang gemar melawat blog yang ditulis menggunakan platform Blogspot ini, tiada sebarang perubahan ketara yang dialami dan boleh dilayari seperti biasa. Untuk penulis blog pula, mereka boleh memilih untuk menggunakannya atau tidak berdasarkan pilihan yang telah disediakan oleh pihak Google.

Namun, tidak semua blog yang dibina menggunakan platform Blogspot dapat mengimplementasikan fungsi keselamatan ini. Pengguna yang menggunakan domain sendiri masih lagi tidak dapat menggunakan fungsi keselamatan tersebut.

Ini boleh menyebabkan sesetengah fungsi pada laman blog seperti templat dan gajet tidak berfungsi dan boleh mneyebabkan ralat.

-Sumber berita diperoleh dari Blogger

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.