Industri rokok elektronik telah mencatatkan peningkatan jualan sebanyak USD 2 billion setahun semenjak kemunculannya pada 2007. Salah satu faktor jualan rokok elektronik menjadi terlajak laris adalah kerana penjual rokok elektronik mendakwa ianya lebih selamat dihisap dari menghisap rokok biasa dan tidak membahayakan kesihatan. Ada betulnya dakwaaan tersebut, cuma dakwaan lebih selamat itu sama seperti mengumpamakan ketuk kepala dengan kayu rounders lebih selamat dari dicampak keluar ikut tingkap.
Hal ini kerana, menurut kajian yang dijalankan oleh Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health mendapati tikus-tikus makmal yang terdedah dengan wap rokok elektronik mengalami kemerosotan sistem imun berbanding dengan tikus makmal yang tidak didedahkan dengan wap.
“Our findings suggest that e-cigarettes are not neutral in terms of the effects on the lungs,” ujar penyelidik kanan, Shyam Biswal di dalam satu kenyataan media. “We have observed that they increase the susceptibility to respiratory infections in the mouse models. This warrants further study in susceptible individuals, such as COPD [chronic obstructive pulmonary disease] patients who have switched from cigarettes to e-cigarettes or to new users of e-cigarettes who may have never used cigarettes.”
Kajian tersebut telah mengasingkan tikus-tikus tersebut kepada dua kumpulan. Satu kumpulan tikus telah didedahkan kepada bahaya wap rokok elektronik jenama Njoy selama dua minggu. Manakala kumpulan satu lagi hanya dibiarkan bernafas dengan udara biasa. Berikutnya, diwujudkan subgroup yang diletakkan di tengah-tengah antara udara biasa dan wap e-cig. Kumpulan tikus yang didedahkan dengan wap telah dijangkiti penyakit Influenza A, manakala kumpulan yang ditengah-tengah pula dihinggapi bakteria punca pneumonia, Streptococcus pneumoniae.

Tikus-tikus yang didedahkan dengan vapor dari e-cgi mengalami jangkitan yang lebih parah berbanding tikus-tikus yang tidak menghidu wap, menunjukkan bagaimana respon sistem imun telah dilemahkan. Malah, ada sesetengah tikus yang mendapat risiko jangkitan penyakit yang membawa maut. Kajian lanjut mendapati tikus-tikus ini telah mengalami perubahan fisiologi selepas didedahkan dengan wap.
“E-cigarette vapor alone produced mild effects on the lungs, including inflammation and protein damage,” jelas Thomas Sussan, ketua penyelidikan berkenaan kesan wap rokok elektronik ini. “However, when this exposure was followed by a bacterial or viral infection, the harmful effects of e-cigarette exposure became even more pronounced. The e-cigarette exposure inhibited the ability of mice to clear the bacteria from their lungs, and the viral infection led to increased weight loss and death indicative of an impaired immune response.”
Rokok biasa dikatakan mengandungi lebih daripada 400 toksin, di mana 60 daripadanya adalah bahan karsinogen. Berbanding rokok biasa yang membakar tembakau untuk membolehkan kita menghirup asap toksin daripadanya, e-cig menghasilkan wap aerosol mengandungi nikotin untuk hirupan penggunanya.
Oleh kerana tiada sebarang pembakaran berlaku, maka sesetengah bahan kimia dari rokok biasa tidak terdapat pada e-cig. Namun, kajian masih mendapati wap dari e-cig ini mengandungi sebilangan radikal bebas merbahaya yang mampu mengubah DNA tubuh dan sesetengahnya mampu menjadi penyebab kanser.
“We were surprised by how high that number was, considering that e-cigarettes do not produce combustion products,” menurut kesimpulan Thomas Sussan. “Granted, it’s 100 times lower than cigarette smoke, but it’s still a high number of free radicals that can potentially damage cells.”
Kajian lanjutan diperlukan untuk mengetahui kesan sampingan dan bahaya wap rokok elektronik terhadap kesihatan tubuh manusia.
Tujuh tahun lalu rokok elektronik amat laris di pasaran global sebelum ianya perlahan-lahan merosot dan rokok tembakau mengambil kembali tempat popularitinya di kalangan perokok. Pada 2013, telah dilaporkan lebih ramai remaja belasan tahun cenderung mencuba e-cig berbanding rokok biasa. Justeru, adalah penting bagi kita memahami kesannya terhadap perkembangan tubuh remaja-remaja yang sedang membesar.
–Imej diperoleh dari Jonny Williams
Saya tak hisap rokok dan saya menganggap semua rokok sama ada dibakar secara manual atau elektronik tetap sama bahayanya…
Alang2 nak merokok.. hisap jelah yg semulajadi.. lebih baik sakit disebabkan tembakau daripada sakit sebab bahan2 eletronik.. ada kawan saya cakap.. org skrng gila dah sbb sanggup hisap bateri huhu.. 😀
400 toksin? tak ke bahaya pada badan.. overdos sangat.. kalo dah setiap hari rokok. fuh~.
Banyak jga saya baca artikel tentang e-cig.
Ada yang cakap lebih baik daripada rokok biasa kalau nak stop smoking.
Ada yang cakap lagi teruk.
lebih baik jangan merokok..elektronik atau yang asli..dua-dua bahaya
owh, bahaya juga rokok elektronik nie… dulu kekawan zumal hisap dalam kereta tanpa buka tingkap masa zumal tumpang dorang nampaknya lagi lama zumal dengan mereka mesti zumal pun terdedah bahayanya…