Utama Telco YTL Lagi kejadian telefon pintas Yes Altitude 3 terbakar

Lagi kejadian telefon pintas Yes Altitude 3 terbakar

578
0

Satu lagi insiden melibatkan telefon pintar Yes Altitude 3 pada pagi Ahad baru-baru ini. Insiden ini telah dikongsikan oleh pengguna Facebook, Mohd Afandi Ali apabila telefon pintar anaknya telah terbakar secara tiba-tiba.

Telefon berkenaan diterima di bawah program Jaringan Prihatin dan telah digunakan sejak dua bulan yang lalu. Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, insiden tersebut tidak melibatkan kecederaan pengguna yang terlibat.

Beliau turut menjelaskan telefon Yes Altitude 3 tersebut tidak dicas ketika kejadian. Pengecas yang digunakan adalah berjenama Vivo dengan kabel asli dari Yes kerana pengecas asli Yes yang disertakan bersama pembelian telah rosak tidak berapa lama selepas diterima.

Wakil dari Yes telah mengunjungi kediaman Encik Mohd Afandi di Terengganu semalam bagi menyiasat punca kejadian melalui pengambilan sampel dari telefon yang terbakar tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang keputusan dibuat mengenai insiden tersebut dan pihak Yes telah menggantikan peranti berkenaan dengan Yes Altitude 4.

Ini merupakan kejadian kali ketiga yang melibatkan kebakaran secara tiba-tiba Yes Altitude 3. Kes pertama belaku melibatkan seorang kanak-kanak yang sedang mengikuti kelas dalam talian dan telefon tersebut dicaskan ketika sedang digunakan. Manakala kejadian kedua pula melibatkan kebakaran ketika peranti tersebut sedang dicaskan.

Selepas dari dua kejadian tersebut dilaporkan, YTL Communication, syarikat yang memiliki Yes 4G membuat kesimpulan telefon berkenaan “tidak meletup” berdasarkan siasatan yang telah dibuat oleh mereka. Pihak YTL turut menasihatkan pengguna supaya hanya menggunakan pengecas dan kabel yang telah disediakan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.