Utama Android Samsung Telefon Boleh Lipat Tiga Samsung mungkin akan dikenali sebagai Galaxy G Fold

Telefon Boleh Lipat Tiga Samsung mungkin akan dikenali sebagai Galaxy G Fold

46
0

Samsung dikatakan akan mengeluarkan telefon pintar boleh lipat tiga dengan namanya mungkin akan dikenali sebagai Gaalxy G Fold, menurut sebuah blog dari Korea Selatan Naver. Memetik sumber dari pentiris maklumat yeux1122, peranti tersebut didakwa akan dilipat ke dalam seperti helaian brosur.

Nama tersebut mungkin mengambil kira dari rekabentuk prototaip telefon pintar boleh lipat tiga Samsung sebelum ini, Flex G. Di dalam hantaran yang sama juga dinyatakan telefon pintar ini akan dilancarkan sekitar Januari 2026, sambil memetik ciapan penganalisis Ross Young di platform X (dahulu dikenali sebagai Twitter).

Antara yang diperkatakan mengenai “Samsung Galaxy G Fold” tersebut termasuklah saiz skrin berukuran 9.96-inci. Turut dinyatakan, peranti tersebut juga mungkin akan mempunyai berat yang sama dengan “H”, kemungkinan merujuk kepada model telefon pintar boleh lipat tiga keluaran Huawei, Mate XT.

Seperti mana-mana khabar angin yang lain, ia masih lagi belum dapat dipastikan kesahihannya selagi belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkenaan. Ini kerana berita mengenai kehadiran telefon pintar boleh lipat tiga keluaran Samsung ini boleh dikatakan berlaku pada hampir setiap tahun.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.