Telefon pintar yang mengetengahkan keupayaan memainkan permainan mudah alih, Tecno Spark 20 Pro kini telah dilancarkan secara rasminya di pasaran Malaysia. Pada harga bermula dari RM699, ia merupakan pilihan yang baik untuk anda yang mengutamakan belanjawan.
Tecno Spark 20 Pro menggunakan pemprosesan MediaTek Helio G99 dan ia memadai bagi memainkan permainan mudah alih yang popular di pasaran pada ketika ini. Pemprosesan 6nm berkenaan juga dikatakan mencapai markah sehingga 400,000 mata di dalam ujian penanda aras ANTUTU.
Bagi memenuhi keperluan memainkan permainan mudah alih, telefon pintar berharga mesra bajet ini juga menawarkan storan berkapasiti 256GB dengan RAM pilihan sehingga 12GB.
Ia juga memiliki sepasang pembesar suara stereo dengan sokongan melonjakkan bunyi sehingga 400%. Telefon pintar yang mempunyai kerintangan air dan debu IP53 ini juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 33W.
Tidak ketinggalan, telefon pintar ini juga menawarkan kamera utama 108MP Ultra Sensing dan kamera hadapan 32MP.x`
Boleh didapati dengan dua pilihan warna iaitu Moolight Black atau Sunset Blush, Tecno Spark 20 Pro hadir dengan dua plihan konfigurasi di Shopee dan Lazada:
- Tecno Spark 20 Pro, RAM 8GB dan storan 256GB – RM699
- Tecno Spark 20 Pro, RAM 12GB dan storan 256GB – RM799