Utama Android TECNO Tecno Spark 20 kini rasmi; Berharga RM499

Tecno Spark 20 kini rasmi; Berharga RM499

238
0

Tecno secara rasminya telah melancarkan telefon pintar peringkat menengah baharunya, Spark 20 untuk pasaran Malaysia. Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, telefon pintar ini hadir dengan dua pilihan warna selain mempunyai spesifikasi yang sama dengan model yang dilancarkan di India.

Telefon pintar yang baharu ini mempunyai beberapa ciri persamaan dengan Tecno Spark 20C dari segi rekabentuk dan sebahagian komponennya. Bagaimanapun, ia mempunyai pemprosesan MediaTek yang lebih berkuasa selain mempunyai kapasiti storan dalaman yang lebih besar.

Tecno Spark 20 menampilkan skrin paparan 6.6-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan beresolusi 720 x 1612 (HD). Ia juga mempunyai pengimbas cap jari pada sebelah sisinya, pembesar suara dwi-stereo, bicu audio 3.5mm, dan antaramuka HiOS 13 berasaskan Android 13. Telefon pintar ini juga mempunyai ciri kerintangan air dan debu melalui penarafan IP53.

Di dalamnya, telefon pintar ini menampilkan pemprosesan MediaTek Helio G85 yang bergandingan dengan GPU Mali G52 MC2, RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Selain menawarakan RAM 8GB, ia juga menyokong RAM secara maya sebanyak 8GB. Turut disediakan, slot kad mikroSD sehingga 1TB untuk telefon pintar dengan bateri berkapasiti 5,000mAh. Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan 18W melalui port USB-C.

Pada bahagian belakangnya, telefon pintar ini mempunyai dwi-kamera yang mengandungi satu kamera utama 50MP, dan kamera bantuan 0.08MP. Dihadapannya disediakan bahagian berpenebuk lubang yang menempatkan sebuah kamera 32MP. Pada bahagian ini juga ditempatkan Dynamic Port yang mengambil inspirasi dari Dynamic Island pada iPhone.

Tecno Spark 20 kini mula dijual pada harga RM499 menerusi kedai dalam talian rasminya di Shopee dan Lazada. Untuk pasaran Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan dengan pilihan warna Gravity Black dan Cyber White.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.