Utama Mobile Aplikasi Whoscall dan PDRM bekerjasama sediakan 1 juta Akaun Premium Percuma untuk Banteras...

Whoscall dan PDRM bekerjasama sediakan 1 juta Akaun Premium Percuma untuk Banteras Kegiatan Scammer

138
0

Whoscall dan PDRC telah mengumumkan kerjasama bagi meningkatkan usaha membanteras penipuan dan pemalsuan menerusi panggilan telefon. Aplikasi berkenaan memberikan sejumlah 1 juta akaun premium secara percuma selama setahun kepada rakyat Malaysia bagi melindungi diri dari kegiatan penipuan.

PDRM sebelum ini telah mengumumkan kerjasama strategik dengan Whoscall pada Januari lalu. Kerjasama ini turut melibatkan perkongsian data daripada Sistem CCID Semak Mule bagi mengenalpasti nombor-nombor yang digunakan oleh ‘scammer’.

Foto dari Facebook JSJK PDRM

Menurut PDRM, kadar penerimaan panggilan dari ‘scammer’ oleh pengguna telah merosot hampir 50% dalam tempoh 11 bulan kebelakangan ini dengan jumlah pengguna Whoscall menyekat 41% nombor panggilan palsu berdasarkan pangkalan data berkenaan.

Versi premium aplikasi ini menawarkan sokongan menyekat nombor-nombor spam dan mengemaskinikan nombor-nombor tersebut di dalam pangkalan data secara automatik. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan perkhidmatan tersebut tanpa sebarang iklan. Whoscall Premium ditawarkan pada harga RM 8.90 sebulan atau RM 87.90 untuk setahun.

Untuk mendapatkan langganan Whoscall Premium secara percuma untuk setahun, log masuk ke akaun anda di dalam halaman penebusan dan gunakan kod promo PDRMLawanScams. Pemberian percuma ini bernilai RM 87 juta dan boleh ditebus bermula sekarang sehingga 31 Mac 2024.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.