Utama Mobile Android K-KOMM: Pemberian Tablet Percuma PerantiSiswa Fasa Pertama akan bermula Ogos 2022

K-KOMM: Pemberian Tablet Percuma PerantiSiswa Fasa Pertama akan bermula Ogos 2022

405
0
PerantiSiswa

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKom) Tan Sri Annuar Musa memaklumkan pemberian tablet percuma PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa Pertama akan dimulakan pada Ogos 2022.

Menurut beliau, Kementerian Kewangan dijangka akan memutuskan pembukaan semula tender terbuka kali kedua dalam tempoh seminggu. Atas sebab itu, pemberian tablet percuma PerantiSiswa akan bermula pada Ogos 2022 berbanding pertengahan Julai seperti perancangan asalnya.

Untuk fasa pertama ini, sebanyak 100,000 unit akan diagihkan ke lebih 200 buah universiti di seluruh negara melalui inisiatif PerantiSiswa. Pihak K-KOMM akan bekerjasama dengan institusi-institusi pendidikan berhubung proses agihan yang akan memanfaatkan lebih kurang 400,000 pelajar di dalam kategori B40.

Menerusi sidang media berkenaan, MenKom turut mengumumkan pembukaan semula permohonan fasa kedua bermula dari 1 Ogos hingga 30 September 2022. Selain itu, pihak kerajaan juga telah bersetuju untuk memperluaskan program ini untuk pelajar B40 yang sedang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Perguruan (IPG) dan Pusat Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.