Utama Android Nothing Pengguna Nothing Phone (1) mengadu mempunyai masalah Skrin ‘Hijau’ dan Piksel Mati

Pengguna Nothing Phone (1) mengadu mempunyai masalah Skrin ‘Hijau’ dan Piksel Mati

433
0
Nothing-Phone-1-Problem Green Tint Dead Pixel

Menjelang pelancaran dan awal kemunculannya, Nothing Phone (1) dilihat mantap dari serba-serbi dar harga yang menarik, rekaan yang unik dan spesifikasi yang mantap.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas pelancarannya, pembeli-pembelinya dari seluruh dunia mengadu mengalami masalah skrin berwarna hijau dan piksel mati.

Masalah tersebut telah dikongsikan oleh pengguna Nothing Phone (1) menerusi Twitter dan Reddit. Kebanyakannya mengalami masalah skrin hijau pada sebelah atas atau bawah paparan.

Malah, pengguna yang membuat penggantian telefon yang bermasalah juga masih berdepan dengan masalah yang sama.

https://twitter.com/_ViaHeart_/status/1547911517458206722?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1547911517458206722%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.androidpolice.com%2Fnothing-phone-1-dead-pixels-green-tint%2F

Dalam pada masa yang sama, organisasi media Beebom juga mendapati terdapat piksel mati pada paparan di bahagian di sekeliling takuk kamera hadapan selepas tiga jam menggunakan unit ulasan Nothing Phone (1) yang diterima. Insiden ini bukanlah dikira sebagai terpencil memandangkan terdapat pengguna yang lain turut mengalami masalah yang sama.

Tidak dapat dipastikan sama ada masalah ini berpunca daripada perisian yang boleh dibaiki melalui kemaskini atau perkakasan yang memerlukan penggantian atau pembaikan. Buat masa ini pihak Nothing telah mengambil maklum mengenai maslaah masalah ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam masa yang terdekat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.