Utama Mobile Telco Spesifikasi Tablet PerantiSiswa diumumkan, Pendaftaran mula dibuka 15 April ini

Spesifikasi Tablet PerantiSiswa diumumkan, Pendaftaran mula dibuka 15 April ini

1009
0
PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bersama-sama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) secara rasminya telah melancarkan program PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada hari ini.

Pendaftaran untuk program ini akan bermula pada 15 April 2022, jam 8.00 pagi menerusi portal PerantiSiswa di laman web K-KOMM.

Spesifikasi minimum tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Menerusi pelancarannya pada hari ini, pihak kementerian turut mengumumkan spesifikasi minimum bagi tablet untuk program berkenaan:

  • Paparan 10.1-inci dengan resolusi 1280×800
  • RAM 4GB
  • Storan dalaman 64GB
  • Kamera depan 2MP
  • Kamera belakang 5MP
  • Audio stereo terbina dalam
  • Bicu audio 3.5mm
  • Menyokong 4G LTE
  • Menyokong dual-band Wi-Fi 2.4GHz dan 5GHz
  • Bluetooth 4.1 atau ke atas
  • Bateri 4500mAh
  • Android 10 atau ke atas
  • Wajib disertakan dengan pengecas USB, Papan kekunci Bluetooth keyboard, dan pena stylus

Program ini juga akan diuruskan oleh satu unit pengurusan khas di bawah Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi K-KOMM bertujuan menyediakan tablet-tablet untuk 350,000 pelajar yang layak tahun ini.

Tablet-tablet PerantiSiswa ini disasarkan akan diterima oleh pelajar yang layak bermula dari Jun nanti. Menurut K-KOMM, tablet PerantiSiswa ini perlu dipulangkan semula melalui institusi pengajian tinggi masing-masing selepas menamatkan pengajian.

Ketika sesi pembentangan Bajet 2022 lalu, Menteri Kewangan telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM450 juta telah disediakan bagi tujuan tersebut. Selain itu, peruntukkan tambahan sebanyak RM65 juta pula akan disediakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Seramai 600,000 orang pelajar dijangka bakal menerima manfaat dari dari program tersebut.

Lanjutan dari pembentangan tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut menerbitkan dokumen soalan lazim yang berkaitan dengan PSKM. Antara yang dinyatakan, hanya pelajar sepenuh masa sahaja yang layak untuk menerima tablet menerusi program tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.