Utama Mobile Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara membuat semakan dan mendapatkan Bantuan Tunai sehingga...

Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara membuat semakan dan mendapatkan Bantuan Tunai sehingga RM300

50
0
Sumbangan Tunai Rahmah STR 1

Berdasarkan pengumuman dari Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam, kerajaan akan memberikan bantuan tunai sehingga RM300 kepada individu berpendapatan kategori B40 di bawah inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1.

Dikenali sebelum ini sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan tunai ini pada asalnya dijadualkan pemberiannya pada Mac 2023. Namun, pihak kerajaan telah memutuskan untuk memberikan bantuan tersebut lebih awal iaitu pada hari ini 17 Januari 2023.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), senarai penerima yang layak untuk STR Fasa 1 ini adalah berdasarkan senarai penerima dari pangkalan data BKM 2022 sebelum ini yang dikemaskini sehingga 31 Disember 2022. Oleh itu, jika anda pernah menerima bantuan tunai BKM sebelum ini, anda sepatutnya turut layak untuk menerima STR Fasa 1 ini.

Isi rumah B40 sama ada berpasangan atau ibu/bapa tunggal juga layak menerima bantuan RM300. Manakala warga emas tanpa pasangan dengan individu bujang B40 juga layak menerima bantuan tunai RM100. Sejumlah RM1.67 billion telah diperuntukkan untuk STR Fasa 1 ini dan dijangka akan memanfaatkan sejumlah 8.7 juta orang rakyat Malaysia.Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1

Anda boleh membuat semakan kelayakan menerusi laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di LHDN dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda.

Cara mendapatkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1

Individu yang telah mendaftarkan nombor akaun bank menerusi program BKM 2022 sebelum ini akan menerima bantuan tunai STR Fasa 1 yang dikreditkan automatik secara berfasa bermula dari 17 Januari 2023.

Individu yang layak tetapi tidak mempunyai akaun bank boleh mendapatkan bantuan tunai tersebut di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula dari hari ini, 17 Januari 2023.

Kaedah mendapatkan bantuan tunai STR Fasa 1 di kaunter BSN ini hanya dibenarkan untuk individu yang menerima BKM 2022 mereka secara tunai atau untuk individu yang mempunyai kegagalan kredit, atau bagi yang tidak mempunyai maklumat nombor akaun bank.

Maklumat lanjut, layari bahagian Bantuan Tunai di laman web rasmi LHDN dan laman soalan rasminya.

Artikel sebelum iniWhatsApp sedang bangunkan ciri pindahkan Chat antara Peranti Android tanpa guna Google Drive
Artikel seterusnyaMalaysia catat rekod permintaan lebar jalur Internet tertinggi pada 1.9 Terabit per saat
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.