Utama Mobile Aplikasi WhatsApp sedang bangunkan ciri pindahkan Chat antara Peranti Android tanpa guna Google...

WhatsApp sedang bangunkan ciri pindahkan Chat antara Peranti Android tanpa guna Google Drive

33
0
WhatsApp-Chat History Transfer Android-2

WhatsApp sedang dalam usaha memudahkan proses memindahkan chat antara peranti Android. Versi baharu pemindahan chat ini telah diketemukan di dalam binaan beta terkini WhatsApp bagi tujuan tersebut.

Melalui kaedah tersebut, pengguna tidak perlu lagi bergantung dengan Google Drive untuk memindahkan chat ke peranti baharu dengan selamat.

Bagaimanapun, ciri ini hanya boleh digunakan apabila anda menukar dari telefon Android ke telefon Android baharu. Ciri ini akan memerlukan pengguna melakukan proses pengesahan peranti tertentu bagi membolehkan ia bersambungan. Tidak dapat dipastikan apakah jenis proses pengesahan yang akan digunakannya kelak seperti kod QR atau nombor telefon.WhatsApp-Chat History Transfer Android

Ciri ini juga masih lagi sedang dibangunkan dan tidak dapat diketahui bilakah ia akan diperkenalkan kepada umum. Kemungkinan berlaku perubahan pada peringkat akhir juga boleh berlaku memandangkan ia masih lagi agak baru muncul di dalam peringkat beta.

Kaedah pemindahan chat WhatsaApp tanpa memerlukan Google Drive ini kelak dijangka dapat memudahkan pengguna-pengguna yang mempunyai peranti Android baharu. Untuk pengguna iPhone pula, pengguna yang ingin memindahkan chat perlu menggunakan iCloud.

SUMBERWABetaInfo
Artikel sebelum iniGrab naikkan Kadar Waktu Puncak di Lembah Klang untuk upah yang lebih setimpal ketika Kesesakan Jalan Raya
Artikel seterusnyaSumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara membuat semakan dan mendapatkan Bantuan Tunai sehingga RM300
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.