Speedtest pada bulan Julai lalu telah merekodkan kelajuan muat turun purata bagi talian mudah alih di Malaysia meningkat kepada 28Mbps.

Berdasarkan laporan tersebut, didapati purata kelajuan memuat turun adalah pada 28.02Mbps dan memuat naik pada 10.70Mbps untuk pengguna di Malaysia.

Angka ini seterusnya menunjukkan peningkatan sebanyak 2Mbps berbanding rekod pada Jun lalu yang mencatatkan 26Mbps.

Speedtest pada kebiasaannya membuat laporan data rekod kelajuan internet secara bulanan mengikut negara-negara di seluruh dunia.

Tinggalkan komentar