Utama Komputer Apple Apple menerbitkan kemaskini macOS Monterey hari ini

Apple menerbitkan kemaskini macOS Monterey hari ini

240
0
Apple_macOS-Monterey

Diumumkan sejak Jun lalu bersempena acara WWDC 2021, kemaskini Monterey untuk macOS kini sudah sedia untuk dimuat turun. Kemaskini baharu ini menawarkan sedikit perubahan pada rupa visualnya, tetapi menyediakan pelbagai penambahbaikan pada ekosistem Apple.

Beberapa fungsi baharu Monterey sudah pun hadir ketika iOS 15 dilancarkan memandangkan ia turut diperkenalkan pada macOS, iOS dan juga iPadOS. Cuma beberapa fungsi seperti SharePlay dan Universal Control masih lagi belum tersedia. Apple memaklumkan fungsi berkenaan akan disediakan dalam tempoh terdekat ini.

Kemaskini Monterey boleh dimuat turun pada kebanyakan komputer Mac termasuk Mac Pro tahun 2013. Berikut adalah senarai komputer-komputer Mac yang menyokong kemaskini macOS Monterey:

  • MacBook Pro (13-inci, M1, 2020)
  • MacBook Pro (13-inci, 2020, Dua Thunderbolt 3 port)
  • MacBook Pro (13-inci, 2020, Empat Thunderbolt 3 port)
  • MacBook Pro (16-inci, 2019)
  • MacBook Pro (13-inci, 2019, Dua Thunderbolt 3 port)
  • MacBook Pro (15-inci, 2019)
  • MacBook Pro (13-inci, 2019, Empat Thunderbolt 3 port)
  • MacBook Pro (15-inci, 2018)
  • MacBook Pro (13-inci, 2018, Empat Thunderbolt 3 port)
  • MacBook Pro (15-inci, 2017)
  • MacBook Pro (13-inci, 2017, Empat Thunderbolt 3 port)
  • MacBook Pro (13-inci, 2017, Dua Thunderbolt 3 port)
  • MacBook Pro (15-inci, 2016)
  • MacBook Pro (13-inci, 2016, Empat Thunderbolt 3 port)
  • MacBook Pro (13-inci, 2016, Dua Thunderbolt 3 port)
  • MacBook Pro (Retina, 15-inci, Pertengahan 2015)
  • MacBook Pro (Retina, 13-inci, Awal 2015)

MacBook Air

  • MacBook Air (M1, 2020)
  • MacBook Air (Retina, 13-inci, 2020)
  • MacBook Air (Retina, 13-inci, 2019)
  • MacBook Air (Retina, 13-inci, 2018)
  • MacBook Air (13-inci, 2017)
  • MacBook Air (13-inci, Awal 2015)

MacBook

  • MacBook (Retina, 12-inci, 2017)
  • MacBook (Retina, 12-inci, Awal 2016)

iMac Pro

  • iMac Pro (2017)

iMac

  • iMac (24-inci, M1, 2021)
  • iMac (Retina 5K, 27-inci, 2020)
  • iMac (Retina 5K, 27-inci, 2019)
  • iMac (Retina 4K, 21.5-inci, 2019)
  • iMac (Retina 5K, 27-inci, 2017)
  • iMac (Retina 4K, 21.5-inci, 2017)
  • iMac (21.5-inci, 2017)
  • iMac (Retina 5K, 27-inci, Hujung 2015)
  • iMac (Retina 4K, 21.5-inci, Hujung 2015)
  • iMac (21.5-inci, Hujung 2015)

Mac mini

  • Mac mini (M1, 2020)
  • Mac mini (2018)
  • Mac mini (Hujung 2014)

Mac Pro

  • Mac Pro (2019)
  • Mac Pro (Hujung 2013)

Cara mendapatkan kemaskini macOS Monterey

Untuk mendapatkan kemaskini ini, anda boleh klik pada logo Apple pada penjuru atas sebelah kiri skrin Mac anda dan pilih ‘About This Mac’. Seterusnya, pilih ‘Software Update’ di bawah tab ‘Overview’.

Selain dari cara yang disebutkan tadi, anda juga boleh melakukan kemaskini menerusi ‘System Preferences’ dan klik ‘Software Update’.

Bagi yang menggunakan macOS Sierra dan ke atas, anda hanya menyediakan ruang storan kosong sebanyak 26GB. Manakala bagi versi yang sebelumnya, anda memerlukan sekurang-kurangnya 44GB untuk mengemaskini.

Saiz fail kemaskini macOS Monterey sebenarnya lebih dari 12GB dan ia memerlukan tempoh yang agak lama untuk memuat turunnya terutama bagi yang mempunyai rangkaian internet yang perlahan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.