Utama Android Sony Sony Xperia 5 V kini mula dijual pada harga RM4,999

Sony Xperia 5 V kini mula dijual pada harga RM4,999

161
0

Beberapa bulan lepas Sony telah mengumumkan Xperia 5 V, telefon pintar generasi kelima siri berkenaan. Kini, Sony Xperia 5 V telah disenaraikan di dalam laman web rasminya bersama-sama pelbagai hadiah menarik untuk pembelinya.

Sony Xperia 5 V menampilkan skrin OLED 6.1-inci 1080p dengan kadar penyegaran semula 120Hz dengan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus 2 dan kerintangan air dan debu IP68. Ia menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 bersama-sama RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Turut disediakan slot kad mikroSD.

Telefon pintar mercu terkini keluaran Sony ini hanya menawarkan dua buah kamera pada bahagian belakangnya yang terdiri daripada satu kamera utama 48MP dengan OIS dan tiga jarak fokus serta satu kamera ultra-lebar 12MP. Pada sebelah hadapannya disediakan sebuah kamera 12MP.

Baterinya pula hadir dengan kapasiti 5,000mAh bersamas-sama sokongan pengecasan berwayar 30W. Ia juga menawarkan sokongan pengecasan secara nirwayar dan pengecasan berbalik yang tidak dinyatakan kuasa wattannya (wattage).

Sony Xperia 5 V boleh didapati dengan warna hitam sahaja dan boleh dibeli secara dalam talian menerusi kedai rasmi Sony pada harga RM4,999. Bagi pembeli terawal bermula dari sekarang sehingga 31 Disember, anda berpeluang menerima kredit Touch ‘n Go eWallet RM50 secara percuma dan earbud Sony WF-1000XM5.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.