Utama PRNewswire Intersec menyertai ITU Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menggalakkan telekomunikasi kecemasan

Intersec menyertai ITU Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menggalakkan telekomunikasi kecemasan

31
0
Intersec menyertai ITU Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menggalakkan telekomunikasi kecemasan
PARIS, 21 November 2023 /PRNewswire/ — Intersec mengumumkan keanggotaannya dalam Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), dalam Sektor Pembangunan Telekomunikasi (ITU-D). ITU ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk ICT. Keputusan Syarikat untuk menyertai ITU-D bermula daripada komitmennya terhadap inisiatif “Amaran Awal untuk Semua” (EW4All), yang dilancarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan March 2022.

Intersec menyertai ITU Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menggalakkan telekomunikasi kecemasan

Inisiatif ini bertujuan untuk melindungi semua orang di atas Muka Bumi ini dengan sistem amaran awal. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan amaran kecemasan yang tepat pada masanya kepada semua orang di seluruh dunia melalui rangkaian telekomunikasi dan telefon mudah alih dengan sasaran liputan sejagat pada tahun 2027.

“Saya berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Intersec sebagai ahli baharu kami, ke Sektor Pembangunan Telekomunikasi ITU,” kata Dr. Cosmas Luckyson Zavazava, Pengarah Biro Pembangunan Telekomunikasi ITU. “Saya tidak sabar untuk melihat kerjasama kita dalam memanfaatkan pertumbuhan rangkaian dan perkhidmatan mudah alih untuk menyokong negara-negara memberi amaran kepada mereka yang berisiko.”

Sebagai anggota ITU, Intersec komited untuk memberikan sumbangan yang besar, menumpukan perhatian krpada ketersambungan mampu milik dan telekomunikasi kecemasan dengan mengambil bahagian secara aktif dalam kumpulan kerja, berkongsi kepakaran telekomunikasi, dan membantu kerajaan dalam menjamin subvensyen yang diperlukan untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi ini.

“Dengan memanfaatkan pengalaman selama dua dekad dalam sektor telekomunikasi dan kepakaran canggih dalam perisikan lokasi, kami telah membimbing banyak kerajaan dan syarikat telekomunikasi dalam melaksanakan sistem amaran yang berdaya tahan di seluruh dunia,” kata Charlotte Thomas, Pengarah Produk di Intersec.

Penyelesaian amaran Intersec sudah meliputi 30% daripada penduduk Kesatuan Eropah menurut Artikel 110 Kod Komunikasi Elektronik Eropah (EECC). Selain di Eropah, Intersec telah mewujudkan perkongsian jangka panjang dengan pelbagai pengendali telekomunikasi di 50 negara, menyediakan asas yang kukuh untuk sistem amaran yang teguh dan kepakaran tempatan, khususnya di rantau yang terdedah kepada bencana. Ini membolehkan pihak berkuasa awam mendayakan pelaksanaan sistem amaran yang pantas dan lancar untuk memastikan masa depan yang lebih berdaya tahan.

Intersec adalah pemimpin global dalam penyelesaian data mudah alih dan perisikan lokasi. Direka oleh pakar data pantas, penyelesaian kami membimbing kerajaan dan syarikat telekomunikasi dalam revolusi dipacu data untuk membina nilai sebenar, daripada menyedarkan orang ramai dengan cekap sekiranya berlaku bahaya hingga memacu sumber pendapatan baharu. 75 pelanggan kami memanfaatkan instrumen kami untuk mencapai, mencari dan memetakan hampir satu bilion peranti yang tersambung selama 24/7. Di Intersec, Privasi oleh Reka Bentuk melangkaui standard yang diterima dan memastikan pematuhan peraturan, tidak kira di mana sahaja pelanggan kami beroperasi. Ketahui lebih lanjut di intersec.com.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut: Charlotte Cardona, Pengarah Komunikasi, charlotte.cardona@intersec.com

Logo –¬†https://mma.prnewswire.com/media/1828752/Intersec_Logo.jpg

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.