Utama Android Sony Sony Xperia 1 IV Gaming Edition dilancarkan; Hadir dengan RAM 16GB, Skrin...

Sony Xperia 1 IV Gaming Edition dilancarkan; Hadir dengan RAM 16GB, Skrin OLED 4K 120Hz

361
0
Sony-Xperia-1-IV-Gaming-Edition-KV

Sony secara rasminya telah melancarkan Sony Xperia 1 IV Gaming Edition di Jepun baru-baru ini. Telefon pintar yang mengetengahkan ciri permainan mudah alih (permua) ini menampilkan paparan OLED 4K 120Hz 6.5-inci.

Menurut laman web rasmi Sony Jepun, Xperia 1 IV Gaming Edition ini turut menyediakan RAM 16GB dan storna 512GB.

Cuma sedikit kekurangan pada telefon pintar ini adalah penggunaan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 berbanding 8+ Gen 1 yang lebih terkini.

Selain dari itu, telefon pintar ini menyediakan bateri berkapasiti 5,000mAh dan dari segi rekabentuk ia hampir sama dengan Xperia 1 IV standard.Xperia 1 IV Gaming Edition Demo

Oleh kerana telefon pintar ini diketengahkan sebagai telefon pintar permua, ia turut didatangkan bersama-sama secara “bundle” dengan aksesori Xperia Stream Gaming Gear.Sony Xperia Stream Gaming Gear

Buat masa ini Xperia 1 IV Gaming Edition hanya dijual di pasaran Jepun bermula 15 September ini dengan pra-tempahannya sudah mula dibuka sejak semalam.

Ia dijual pada harga ¥175,000 (~RM5,471) dan setakat ini tidak diketahui sama ada ia akan dijual ke pasaran global kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.