Utama Android Sony Sony WF-L900 Linkbuds dikatakan akan dilancarkan minggu ini

Sony WF-L900 Linkbuds dikatakan akan dilancarkan minggu ini

822
0

Maklumat terkini berhubung Linkbuds Sony WF-L900 telah tertiris menerusi pentiris tegara Roland Quandt melalui WinFuture. Maklumat mengenai earbud True Wireless Stereo (TWS) dari Sony ini telah pun tertiris sejak awal minggu lepas lagi.

Menurut Roladn Quandt, pengeluar barangan elektronik dari Jepun ini berhasrat membawakan sesuatu yang baharu ke pasaran earbud. Peranti berkenaan dikatakan akan menampilkan pemacu audio 12mm, bersama-sama pemprosesan Sony V1. Pemprosesan yang sama juga pernah diperkenalkan pada earbud WF-1000XM4 pada tahun lalu.

Rekabentuk earbud ini direka seakan-akan cincin bagi membenarkan bunyian dari luar diterima oleh pengguna. Berkemungkinan, ia diperkenalkan bagi meningkatkan kepekaan pengguna ketika memakainya.

Menariknya, earbud ini didakwa tidak akan memperkenalkan kawalan berasaskan sentuhan. Sebaliknya, ia akan melakukan pengecaman interaksi berdasarkan sentuhan yang pengguna lakukan pada hadapan telinga.

This slideshow requires JavaScript.

Selain itu, Linkbuds ini juga menyokong Sony Digital Sound Enhancement Engine (DSEE), Google Fast Pair, dan Multi-Pairing. Ia juga menerima penarafan IPX4 bagi kerintangan debu dan air.

Dari segi ketahanan bateri, Quandt menyatakan earbud ini mampu bertahan sehingga lima dan setengah jam, dan 12 jam lagi jika digunakan bersama-sama bekas pengecasnya.

Laporan yang tertiris berkenaan juga menyebut Sony WF-L900 Linkbuds yang akan hadir ini dijual pada harga di bawah €200. Namun, tidak menyatakan secara spesifik bilakah ia akan dilancarkan.

Bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa ia akan dilancarkan di dalam masa yang terdekat ini memandangkan Sony baru-baru ini telah memuat naik sebuah video acah produk audio terkininya di YouTube. Dijangkakan, Sony WF-L900 Linkbuds akan dilancarkan pada 15 Februari pada jam 12 tengah hari EST (16 Februari, jam 1 pagi waktu Malaysia).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.