Utama Sistem Operasi Windows Sokongan untuk Windows 10 akan tamat pada 14 Oktober 2025

Sokongan untuk Windows 10 akan tamat pada 14 Oktober 2025

64
0

Masa dirasakan berlalu dengan pantas apabila Windows 10 telah pun berada di pasaran sejak hampir sedekad yang lalu. Ia akan menghampiri tempoh tamat sokongannya pada 14 Oktober 2025, kira-kira setahun dari sekarang.

Apabila sokongan untuk Windows 10 tamat pada Oktober 2025, Microsoft menjamin sistem operasi berkenaan masih lagi berfungsi. Bagaimanapun, ia tidak lagi menerima kemaskini pembaikan, ciri-ciri baharu serta keselamatan.

Jika PC anda tidak mampu dinaiktaraf ke Windows 11, anda mungkin akan melihat pemakluman berkenaan PC anda akan tamat tempoh sokongannya tidak lama lagi. Dalam pada masa yang sama, Windows juga akan menunjukkan kaedah untuk anda menaik taraf ke Windows 11 secara percuma. Anda boleh merujuk pada halaman sokongan Microsoft untuk melihat cara-cara menaik taraf dari Windows 10 ke Windows 11.

Bagi pengguna yang masih ingin kekal dengan PC yang tidak menyokong Windows 11 dan tiada hasrat untuk menukar ke peranti baharu, Microsoft turut menawarkan penyelesaian untuk anda.

Menurut hantaran blog yang diterbitkan Microsoft, individu atau organisasi boleh memilih untuk menyertai program Windows 10 Extended Security Updates (ESU). Menerusinya anda boleh menerima kemaskini keselamatan kritikal dan penting dengan langganan tahunan selepas sokongan untuk Windows 10 tamat tahun hadapan.

Pelanggan Windows 365 juga akan menerima program ESU secara percuma. Setakat ini Microsoft masih belum mengumumkan harga dan syarat penyertaan program ESU dan dijangkakan ia akan diketahui menjelang Oktober 2025.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.