Qualcomm memperincikan spesifikasi pemproses pemproses peranti mudah alih terbarunya, Snapdragon 835 yang mana dijangkakan akan digunakan pada peranti-peranti yang dilancarkan sekitar pertengahan awal 2017 ini. Snapdragon 835 merupakan ‘pewaris’ kepada pemprosesan Snapdragon 820 yang dilancarkan pada tahun lepas.
Menampilkan prestasi yang lebih memberangsangkan, komponen yang lebih cekap, kemampuan terbaru untuk realiti maya dan juga untuk mengambil foto, Qualcomm turut mendakwa pemprosesan ini 25 peratus lebih cekap penggunaan tenaganya berbanding versi yang telah dilancarkannya sebelum ini. Justeru, menjadikan penggunaannya lebih tahan selama 2.5 jam lebih panjang bagi penggunaan harian biasa.
Snapdragon 835 turut hadir dengan teknologi pengecasan pantas versi terkini dari Qualcomm yang dikenali sebagai Quick Charge 4.0. Versi terkini ini turut menyokong penggunaan USB Type-C dan mampu melakukan pengecasan 20 peratus lebih pantas berbanding versi Quick Charge 3.0. Mengecas dengan teknologi ini memberikan tempoh penggunaan selama 5 jam untuk 5 minit masa mengecas selain menawarkan perlindungan dari insiden-insiden terlebih cas.
Selain dari peningkatan kecekapan penggunaan tenaga, pemprosesan peranti mudah alih terbaru ini turut menawarkan kelebihan untuk realiti maya dan imbuhan dengan kemampuan melakukan render 3D yang lebih pantas dan warna 60 kali ganda lebih banyak. Tidak ketinggalan, kualiti pada bunyi turut dipertingkatkan.
Kelebihan pemprosesan terbaru ini turut merangkumi kualiti pada pengambilan imej termasuk sokongan teknologi fokus auto dan sistem pengezuman optikal. Ia juga memiliki penstabil imej elektronik yang telah dipertingkatkan apabila merekodkan video. Pemprosesan ini juga merupakan pemprosesan Snapdragon pertama yang menyokong mainan semula video Ultra HD 4K Premium termasuk HDR 10.
Pemprosesan Qualcomm Snapdragon selama ini mendominasi telefon-telefon pintar premium selain dari keluaran Apple. Melalui kehadiran Snapdragon 835 ini, tentunya menjanjikan perubahan yang menarik di dalam perkembangan teknologi telefon pintar.
Sumber berita diperoleh dari Ubergizmo
wahh lebih bagus lah
wah, baru tahu. thanks ya