Utama Perkakasan Kingston Kingston dedahkan DataTraveler Ultimate GT, berkapasiti 1TB dan 2TB, pemacu flash terbesar...

Kingston dedahkan DataTraveler Ultimate GT, berkapasiti 1TB dan 2TB, pemacu flash terbesar di dunia

1224
1

DataTraveler Ultimate GT (GT bermaksud Generation Terabyte) keluaran terbaru kini merupakan pemacu flash USB yang paling besar kapasitinya setakat ini. Menampilkan variasi 1TB dan 2TB, pemacu flash ini memberikan kemudahan kepada pengguna untuk membawa data-data yang besar tanpa perlu bergantung dengan external hard disk atau storan awanan.

Selain dari kapasitinya yang amat besar bagi sesebuah pemacu flash, ia turut dilengkapi dengan sokongan USB 3.1 Gen 1 yang mana menawarkan prestasi baca/tulis yang tiada tolok bandingnya pada masa kini.

Oleh kerana pemacu ini hadir dengan spesifikasi premium, ia turut hadir dengan reka bentuk yang premium. Kingston DataTraveler Ultimate GT ini didatangkan bersama kerangka logam zink aloi yang memberikan ketahanan terhadap hentakan dan lebih lasak.

At Kingston, we push the limits of what’s possible,” ujar Jean Wong, Pengurus Perniagaan Pemacu Flash. “With the DataTraveler Ultimate GT, we empower users to increase their data storage mobility in a highly manageable form factor. This is a terrific follow up to our 1TB drive released in 2013 and by doubling the capacity, users can store and carry even larger amounts of data easily.

Kingston DataTraveler Ultimate GT akan mula ke pasaran sekitar Februari 2017 dan sehingga kini masih belum dinyatakan berapakah harganya di pasaran kelak.

Spesifikasi Kingston DataTraveler Ultimate GT:

  • Kapasiti: 1TB, 2TB
  • Kelajuan: USB 3.1 Gen. 1
  • Dimensi: 72mm x 26.94mm x 21mm
  • Suhu operasi: -25°C ke 60°C
  • Suhu menyimpan: -40°C ke 85°C
  • Waranti: 5 tahun dengan khidmat sokongan teknikal percuma
  • Ngam dengan: Windows 10, Windows 8.1, Windows 8, Windows 7 (SP1), Mac OS 10.9.x dan ke atas, Linux v.2.6.x dan ke atas, Chrome OS

Sumber berita diperoleh dari BetaNews

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.