Xiaomi telah pun mengumumkan Redmi Note 9 dan Note 9 Pro pada minggu lepas dan memaklumkan akan ke pasaran global sekitar pertengahan Mei. Bagi pasaran Malaysia, telefon pintar ini akan dilancarkan pada 11 Mei 2020.
Redmi Note 9 hadir dengan paparan Full HD+ 6.53-inci, cipset MediaTek Helio G85 dan bateri berkapasiti 5020mAh. Ia juga turut menampilkan kombo kamera 48MP + 8MP + 2MP +2MP.
Manakala untuk model Pro pula, ianya hadir dengan paparan Full HD+ 6.67-inci, cipset Qualcomm Snapdragon 720G dan bateri berkapasiti 5020mAh. Untuk kameranya pula Redmi Note 9 Pro menyediakan kombo kuad-kamera 64MP + 8MP + 5MP + 2MP.
Kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan dua konfigurasi RAM dan storan. Namun tidak diketahui sama ada kedua-duanya akan hadir ke pasaran Malaysia. Redmi Note 9 diumumkan hadir dengan konfigurasi 3GB + 64GB dan 4GB + 128GB. Manakala versi Pro pula dilancarkan dengan pilihan konfigurasi 6GB + 64GB dan 6GB + 128GB.
Acara pelancaran ini akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Xiaomi Malaysia pada jam 2 petang, 11 Mei 2020.