Utama Automotif Tesla melancarkan Supercharger V4 Pertama Asia Tenggara di IOI City Mall dan...

Tesla melancarkan Supercharger V4 Pertama Asia Tenggara di IOI City Mall dan IOI Mall Puchong

62
0

Tesla secara rasminya telah melancarkan stesen Supercharger V4 pertamanya di Asia Tenggara yang ditempatkan di IOI City Mall Putrajaya dan IOI Mall Puchong. Sejumlah lapan Supercharger V4 telah diperkenalkan di kedua-dua lokasi berkenaan dengan penambahan dua pengecas Destination.

Supercharger di IOI City Mall dan IOI Mall Puchong mengenakan kadar bayaran RM1.25 per kWj, sama seperti tapak-tapak mengecas Tesla yang lain. Bayaran untuk kenderaan yang masih lagi di dalam petak parkir selepas tempoh pengecasan tamat juga akan dikenakan sehingga RM4.00. Dalam pada masa yang sama, pihak Tesla menyatakan pengecas Destination buat masa ini boleh digunakan secara percuma sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Supercharger V4 terkini ini dikatakan mampu menawarkan kadar mengecas 250kW DC dengan mampu menyokong kuasa perjalanan Model 3 Long Range sehingga 282km untuk tempoh mengecas dalam 15 minit.

Berbeza dengan Supercharger V3 yang terdapat di tempat-tempat lain, V4 versi terkini dilengkapkan dengan kabel yang lebih panjang untuk kemudahan penggunanya. Antara kelebihan rangkaian Tesla Supercharger adalah pada pengalaman “Plug and Charge” yang mana pengguna boleh melihat ketersediaan, mencari arah dan memantau status pengecasan stesen-stesen pengecasan melalui aplikasi Tesla.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.