Utama Android Huawei Siri Honor Play 4 dilancarkan di China; Tidak semua model ada Sensor...

Siri Honor Play 4 dilancarkan di China; Tidak semua model ada Sensor Suhu IR

516
0

Honor baru-baru ini telah melancarkan siri Honor Play 4 di China awal hari ini. Salah satu modelnya, Honor Play 4 Pro dilengkapkan dengan sensor pengesan suhu IR.

Untuk Honor Play 4, model ini hadir dengan paparan LCD TFT IPS FHD+ 6.8-inci yang turut menempatkan sebuah kamera swafoto berlensa 16MP. Butang pengunci skrin di sisi kanannya turut menempatkan sensor cap jari.

Telefon pintar ini menggunakan cipset MediaTek Dimensity 800 bersama-sama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Ia juga dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W. Tidak ketinggalan, telefon pintar ini masih menyediakan bicu audio 3.5mm.

Kamera utama Honor Play 4 menampilkan tetapan kuad-kamera dengan lensa utama 64MP, lensa ultra luas 8MP, lensa berkedalaman 2MP dan makro 2MP.

Honor Play 4 Pro

Honor Play 4 Pro pula, dari satu sudut ianya kelihatan seolah-olah dari model telefon pintar yang berlainan. Malah, ada yang berpendapat spesifikasi yang ditawarkannya adalah lebih “rendah” dari variasi standardnya.

Telefon pintar ini menyediakan paparan LCD TFT IPS FHD+ 6.57-inci dengan kamera swafoto ditempatkan di penjuru kiri atasnya. Sama seperti variasi standardnya, model ini turut didatangkan dengan sensor cap jari yang ditempatkan pada butang pengunci skrinnya.

Bersama-sama cipset Kirin 990, Honor Play 4 Pro dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Ia dibekalkan kuasanya melalui bateri 4,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W.

Kamera utamanya pula didatangkan dengan tetapan dwi-kamera melalui sebuah lensa utama 40MP dan lensa telefoto 8MP dengan keupayaan zoom 3x. Manakala untuk kamera hadapannya pula, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera 32MP + 8MP.

Untuk model Pro ini, ianya didatangkan dengan dua pilihan konfigurasi iaitu satu dengan sensor suhu IR dan satu lagi pilihan tanpa sensor. Menurut Honor, sensor suhu yang dilengkapkan pada salah satu variasinya mempunyai julat pengukuran dari -20°C hingga 100°C.

Siri Honor Play 4 ini bagaimanapun tidak didatangkan bersama-sama perkhidmatan dan aplikasi berasaskan Google. Sebaliknya digantikan dengan Huawei Mobile Services (HMS).

Honor Play 4 dijual pada harga CNY1,799 (~RM1,080) untuk konfigurasi 6GB + 128GB dan CNY1,999 (~RM1,200) bagi konfigurasi 8GB + 128GB. Manakala, Honor Play 4 Pro tanpa sensor suhu dijual pada harga CNY2,899 (~RM1,740), manakala bagi variasi sensor suhu pula dijual pada harga CNY2,999 (~RM1,800).

Buat masa ini tidak diketahui sama ada siri Honor Play 4 akan memasuki ke pasaran lain selain dari China.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.