Utama Android Honor Siri HONOR Magic Hadiah Istimewa Sempena Hari Ibu Bapa – Melindungi Mata,...

Siri HONOR Magic Hadiah Istimewa Sempena Hari Ibu Bapa – Melindungi Mata, Fotografi dan Ketahanan Terbaik

143
0

KUALA LUMPUR, 12 Jun 2023 – HONOR Magic5 Pro merupakan pilihan tepat untuk dijadikan sebagai hadiah sempena Hari Ibu Bapa kerana kualiti skrin dan ciri-ciri yang mengutamakan perlindungan mata.

Berikut 3 manfaat ibu bapa boleh nikmati dari HONOR Magic5 Pro:

1) Paparan Skrin Unggul – 3 ciri utama perlindungan mata

HONOR Magic5 Pro hadir dengan paparan skrin unggul untuk perlindungan mata, menjadikannya hadiah terbaik untuk golongan berusia. Kamera Pengimejan Super membolehkan ibu bapa merakam detik terindah dengan pantas seperti langkah pertama cucu untuk diabadikan sebagai kenangan.

2) Tiga Kamera Utama Falcon 

Serlahkan bakat terpendam fotografi ibu bapa anda dengan Tiga Kamera Utama Falcon yang menghasilkan kualiti imej tiada tandingan. Sama ada ketika perjumpaan keluarga, percutian atau majlis istimewa, HONOR Magic5 Pro mampu merakam imej seperti pakar.

Bayangkan ibu bapa anda merakam pemandangan indah semasa percutian keluarga, menghidupkan semula kenangan dengan keupayaan kamera HONOR Magic5 Pro yang mengagumkan.

3) Bateri Berketumpatan Tinggi Ultra Sepanjang Hari

Tidak dinafikan kebanyakan golongan berusia sering terlepas pandang hayat bateri ketika menikmati drama bersiri kegemaran atau leka melayan video TikTok berjam-jam. Kini mereka tidak perlu risau kerana HONOR Magic5 Pro dimuatkan bateri berketumpatan tinggi ultra yang bertahan lama untuk sepanjang hari.

Selain itu, ibu bapa boleh berhubung sepanjang hari dan melayari Facebook atau media sosial lain dengan mudah. Ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara sahabat handai dan saudara mara kerana HONOR Magic5 Pro mampu bertahan sepanjang hari tanpa perlu mengecas semula.

HONOR Magic5 Pro juga menawarkan paparan keselesaan mata terbaik, ciri-ciri kamera tiada tandingan dan jangka hayat bateri lebih lama, menjadikannya peranti paling sesuai memenuhi kehendak ibu bapa dan menambah baik kehidupan seharian mereka.

Berikut pilihan lain yang ditawarkan peranti siri terbaharu HONOR!

HONOR Magic5: Kecemerlangan Flagship Mampu Milik 

Peranti ini pilihan terbaik bagi pelajar dan lepasan siswazah yang sedang mencari telefon pintar tahap flagship tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan besar. HONOR Magic5 dilengkapi tiga teknologi keselesaan mata yang sama dengan versi Pro. Ia memberi pengalaman visual yang menakjubkan, pada masa sama melindungi mata pengguna.

Ciri-ciri Milisecond Falcon Capture membolehkan anda merakam setiap memori berharga dengan kejelasan yang luar biasa. Rekaan yang nipis dan ringan menjadikan HONOR Magic5 selesa digenggam, sesuai untuk penggunaan setiap hari. Dikuasakan oleh sistem operasi MagicOS 7.1 dan Google Mobile Services, pengguna dapat merasai pengalaman fungsinya yang lancar dan cekap.

HONOR Magic 5 tawaran terbaik untuk anda, sedia untuk menyiapkan setiap tugasan atau hari pertama anda bekerja dengan pantas dan cekap.

HONOR Magic Vs: Kecekapan Kerja Meningkat dan Kreativiti Terserlah

Tingkatkan tahap produktiviti dengan HONOR Magic Vs, telefon boleh lipat elit yang direka untuk meningkatkan kecekapan kerja anda. Dibina menggunakan teknologi maju seperti Tanpa Jurang dan Engsel Tanpa Gear Super Ringan, peranti nipis dan ultra ringan ini menawarkan keupayaan yang sukar ditandingi tanpa menjejaskan kuasa bateri. Jangka hayat bateri yang mengagumkan memastikan anda kekal produktif sepanjang hari.

Lebih menarik, Paparan Malam Sirkadia menambah baik pemandangan dan mengurangkan keletihan mata ketika bekerja sehingga larut malam. Sebagai bonus tambahan, anda dapat menikmati jaminan penggantian dua skrin retak 180 hari, hanya di HONOR Malaysia.

Pelan Ansuran Keluarga: Sebarkan Keceriaan HONOR

Pelan Ansuran Keluarga Siri HONOR Magic dilancarkan agar keajaiban telefon pintar HONOR mampu dimiliki oleh semua. Tidak kira sama ada anda ibu bapa yang sukakan fotografi, jurugambar profesional yang mahu peningkatan produktiviti, atau pencinta teknologi yang mencari pengalaman flagship mampu milik, HONOR mempunyai semuanya. Dengan faedah 0% pelan bayaran ansuran pada harga bermula hanya RM4.80 sehari, anda boleh membawa kegembiraan kepada keluarga anda tanpa menjejaskan kualiti.

Raikan Hari Ibu Bapa penuh bergaya dengan Siri HONOR Magic. Layari laman sesawang rasmi HONOR atau pengedar sah untuk meneroka sepenuhnya pelbagai pilihan telefon pintar HONOR dan memilih yang terbaik untuk yang tersayang. Abadikan Hari Ibu Bapa sebagai kenangan indah dengan kuasa HONOR di tangan anda.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.