Utama Telco Astro Penjimatan berterusan dengan Kempen ‘Macam-Macam Ada’ Go Shop!

Penjimatan berterusan dengan Kempen ‘Macam-Macam Ada’ Go Shop!

253
0
BM Go Shop Macam Macam Ada

KUALA LUMPUR, 12 Jun 2023 – Go Shop, platform beli-belah barangan rumah dan e-dagang Malaysia kembali dengan kempen popular mereka, ‘Macam-Macam Ada’ bulan ini yang menawarkan tawaran-tawaran terhebat merentasi pelbagai kategori seperti elektronik digital, barangan rumah, peralatan dapur serta makanan dan barangan runcit.

Para pelanggan boleh menikmati diskaun RM12 apabila mereka menggunakan kod MMA12 (perbelanjaan minimum RM150) dan RM35 dengan kod MMA35 (perbelanjaan minimum RM350) dengan penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia. 

Beli Lebih, Lebih Jimat dengan diskaun sehingga 44% untuk produk ini:

  • Tambah stok pantri anda dengan: Pek Berkembar Julie’s Love Letters, Kolagen Diamond Kinohimitsu, Sarang Burung FG Walet’s, Multivit & Mineral Vitahealth, Kombo Pes Raya Chef Ustazah dan banyak lagi. 
  • Keperluan Alat Dapur: Set pisau Profine, Set kutleri keluli tahan karat Felli, Kuali besi halus Vantage, Set Teko Rosabelle Corelle, Kuali Non Stick 28cm MY.HOME STYLE, Penggoreng Udara 3.8L Russell Taylors dan banyak lagi.
  • Alatan dan Perkakas Rumah: Pembersih Vakum Robotik 2 dalam 1 Samu Giken, Pengadun Pendiri 4.2L Elba, Pengisar Memasak Pintar Primada dan banyak lagi. 
  • Elektronik Digital Terkini: Samsung Galaxy Z Flip4, Papan Kekunci Apple, Oppo Pad Air, Pengecas Pantas Kabel 6A Type-C VIVO (80W), Powerbank Pineng, pembersih vakum Mi dan banyak lagi.

Para pelanggan boleh menambah perlindungan waranti untuk produk terpilih sehingga 3 tahun dengan Waranti Gantian Plus 1 Go Shop. Selain itu, para pelanggan yang berbelanja RM200 dan ke atas dalam satu pesanan layak mendapat tambahan RM5 Go Points untuk digunakan dalam pembelian seterusnya (sah untuk sebulan).

Untuk mengetahui lebih banyak tawaran yang menarik melalui Go Shop di Astro, anda boleh menonton Saluran 118 dan Saluran 111 dalam Bahasa Malaysia, dan Saluran 303 dalam Bahasa Mandarin. Untuk maklumat lanjut, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop menerusi Google Play dan App Store.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.