Siri HONOR 200 secara rasminya dijadualkan akan tiba ke pasaran Malaysia pada 19 Jun 2024 dan akan menjadi telefon pintar peringkat menengah HONOR pertama yang dilengkapkan dengan sokongan kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) bertaraf mercu.
Hadir dengan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro, siri ini menampilkan paduan reka bentuk dengan keupayaan AI termaju. Menjelang pelancaran rasminya di pasaran tempatan, mari kita lihat 5 ciri-ciri AI yang dinanti-nantikan pada siri ini.
Magic Portal
Fungsi ini membolehkan anda mengakses ke fail-fail di dalam telefon pintar ini dengan pantas walaupun anda sedang membuka sesebuah aplikasi lain. Ia membolehkan fail-fail imej atau teks dialih-alihkan di antara aplikasi-aplikasi yang disokong dengan memegang (hold) dan meleretkannya (drag) ke destinasi.
Melalui ciri AI ini, anda boleh menjimatkan masa dengan melintasi di antara aplikasi-aplikasi berlainan dalam tempoh beberapa saat sahaja. Ia boleh diakses pada bahagian paling hujung skrin kedua-dua sisi kiri dan kanan siri HONOR 200. Untuk memindahkan imej atau teks, anda boleh melakukannya dengan meleretkan item-item yang anda pilihkan ke mana-mana sisi skrin anda sama ada kiri atau kanan.
Magic Capsule
Ciri ini membolehkan anda menjalankan aplikasi pada latar belakang sambil anda membuat tugasan-tugasan lain pada telefon pintar anda. Misalnya ketika di dalam kesibukan anda menulis nota, anda boleh juga menggunakan ciri jam randik (timer) atau mendengar muzik.
Magic Capsule ini akan memaparkan status tersebut secara terus tanpa perlu membuka aplikasinya. Ciri AI ini amat berguna bagi anda yang gemar melakukan pelbagai tugasan secara serentak, atau sudah menjadi keperluan anda untuk melakukannya.
Smart Folder
Smart Folder membolehkan anda mengubahsuai saiz folder anda dengan mudah mengikut kesesuaian seperti menghimpunkan lebih banyak aplikasi. Ia memudahkan anda mengakses ke aplikasi-aplikasi tertentu tanpa perlu menatal ke semua aplikasi-aplikasi di dalam telefon pintar anda.
Misalnya, anda boleh menghimpunkan semua kategori aplikasi sebagai media sosial ke dalam satu folder khas untuknya. Anda boleh melaraskannya dan mengubahsuai folder tersebut serta memasukkan segala aplikasi media sosial ke dalamnnya untuk memudahkan anda mengaksesnya pada bila-bila masa.
AI Blur Privacy Info
Ciri ini diperkenalkan bagi membantu anda meningkatkan tahap perlindungan privasi anda daripada dikongsikan sewenang-wenangnya. Sokongan daripada ciri ini membolehkan anda mengelak daripada menghantar maklumat-maklumat peribadi seperti nombor telefon, nama atau alamat email secara tidak sengaja.
AI Natural Tone 2.0

Natural Colour Display 2.0 yang baharu dinaiktaraf ini secara automatik akan mengesan perubahan warna persekitarannya dan melaraskan suhu warna pada paparannya dengan sendiri. Ia membolehkan pengguna memberikan keselesaan pada mata walaupun berada di dalam keadaan pencahayaan yang berbeza.
Pun begitu, sokongan ini hanya ditawarkan pada HONOR 200 Pro sahaja di dalam siri ini. Skrin model Pro ini mampu melaraskan warna pada skrinnya untuk kelihatan lebih semulajadi walaupun terdapat perubahan pada pencahayaan pada persekitarannya.
AI Motion Sensing Capture

Ciri ini pertama kali diperkenalkan sejak HONOR Magic 5 Pro lagi yang memudahkan anda mengambil gambar yang mempunyai subjek yang sedang bergerak seperti di dalam acara sukan. Untuk mengambil foto dengan sokongan ciri ini, anda boleh mengetik ikon ‘orang’ pada bahagian kiri sebelah bawah skrin aplikasi kamera anda.
Seterusnya ia akan mengambil gambar secara automatik apabila mendapati terdapat pergerakan di dalam babak yang ingin anda rakamkan dalam bentuk pegun.
Pelancaran siri HONOR 200 di Malaysia
Siri HONOR 200 akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Jun 2024 dengan promosi pembelian terawal HONOR 200 Pro telah bermula sejak 11 Jun sehingga 18 Jun 2024. Anda yang berminat boleh meletakkan deposit hanya RM20 sahaja untuk mendapatkan diskaun tersebut dengan lebih awal. Selepas pembayaran penuh dilakukan, anda boleh mendapatkan cenderahati percuma bernilai RM1,377 yang mengandungi:
- Rebat tunai RM200 (termasuk deposit RM20)
- Pengecas Nirwayar HONOR Super Fast
- HONOR Earbuds X6
- Perlindungan dari kerosakan akibat terjatuh 365 hari
Nantikan pelancaran rasmi siri HONOR 200 di pasaran Malaysia pada 19 Jun 2024!