Shopee sejak beberapa bulan yang lalu telah memulakan pendaftaran restoran dan penghantar makanan bagi perkhidmatan ShopeeFood di Malaysia.
Sebelum ini, Shopee telah pun memperkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan ShopeeFood di Indonesia. Dijangkakan, perkhidmatan ini akan diperkenalkan kepada pengguna di Lembah Klang terlebih dahulu.
Pesanan makanan kelak boleh dibuat menerusi aplikasi Shopee berdasarkan restoran atau penyedia makanan yang berhampiran dengan pengguna seperti kebiasaan yang terdapat perkhidmatan penghantaran makanan lain.
Laman ShopeeFood Merchants di Facebook turut berkongsikan promosi perkhidmatan ini dengan pemberian diskaun dan penghantaran percuma. Dijangkakan perkhidmatan ini akan memulakan operasinya seawal September 2021 di kawasan Lembah Klang.











