Utama Mobile Aplikasi Aplikasi Setel diperluas ke lebih dari 7000 Stesen Petronas seluruh Negara

Aplikasi Setel diperluas ke lebih dari 7000 Stesen Petronas seluruh Negara

1062
0

Setel, aplikasi pembayaran bahan api terus ke pam pertama di Malaysia kini boleh digunakan oleh seluruh pengguna tempatan di lebih dari 7000 buah stesen minyak Petronas.

Aplikasi ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2018 dan pada ketika itu hanya terhad kepada pengguna-pengguna di sekitar Lembah Klang sahaja.

Setel dibangunkan bertujuan memberikan kemudahan kepada pelanggan-pelanggan Petronas membuat pembayaran nirtunai terus dari pam minyak. Transaksi pembayaran boleh dibuat secara terus pada aplikasi berkenaan tanpa perlu menggunakan NFC atau kod QR.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Encik Iskandar Ezzahuddin, lebih banyak fungsi-fungsi di dalam aplikasi pembayaran berkenaan akan ditambah dalam beberapa bulan akan datang ini. Buat masa ini, aplikasi Setel menawarkan integrasi pembayaran bahan api, loyalti, peruncitan dan e-dagang dalam satu platform. Ia juga membolehkan pengguna Kad Mesra Petronas mengumpul dan menebus mata ganjaran secara terus melalui aplikasi tersebut.

Bersempena Anugerah Juara Lagu ke-34, pengguna-pengguna boleh membuat undian lagu-lagu dan artis pilihan anda secara terus melalui aplikasi Setel. Seterusnya berpeluang memenangi hadiah baucar petrol bernilai RM 1,000.

Aplikasi Setel boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store dan Apple App Store. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Setel.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.