Utama Samsung Samsung dilaporkan akan melancarkan Set Kepala XR dalam tahun ini

Samsung dilaporkan akan melancarkan Set Kepala XR dalam tahun ini

62
0
Imej prototaip set kepala Samsung XR

Samsung dilaporkan telah menubuhkan pasukan pakar khas yang dikenali sebagai “Immersive Team” sekitar pertengahan tahun lepas bagi mempercepatkan pembangunan set kepala realiti lanjutan (extended reality, XR headset). Menurut penerbitan dari Korea Selatan Hankyung, kumpulan baharu berkenaan beroperasi di bawah bahagian Mobile Experience (MX) dan kini telah mempunyai lebih dari 100 orang tenaga kerja sejak penubuhannya.

Sebelum ini, Samsung dilaporkan merancang untuk memulakan pengeluarannya pada awal 2024. Namun telah menangguhkan projek berkenaan selepas Apple mengumumkan set kepala Vision Pro pada Jun lalu. Menurut sumber, pihak syarikat ingin mengkaji pesaingnya terlebih dahulu bagi memahami spesifikasi, ciri dan juga rekaannya.

Di dalam laporan yang sama, Hankyung berpendapat Samsung kini mempercepatkan pembangunan set kepala XR buatannya sebagai respon kepada pelancaran Apple Vision Pro. Set kepala berkenaan dilaporkan telah terjual lebih dari 200,000 unit di seluruh dunia.

Sebagaimana yang diumumkan ketika pelancaran siri Galaxy S23 pada tahun lalu, peranti baharu yang akan datang ini dibangunkan dengan kerjasama Google dan Qualcomm. Ia dijangkakan menampilkan pemprosesan baharu dari Qualcomm, Snapdragon XR2+ Gen 2.

Sumber tidak rasminya mengatakan spesifikasi bagi set kepala XR Samsung ini kelak dijangka akan menampilkan sepasang paparan mikro eMagin OLEDoS 1.03-inci yang dimiliki Samsung. Ia dikatakan mampu menyediakan ketumpatan piksel 3,500 ppi dan grafik beresolusi tinggi sehingga 90 fps.

Android tersuai untuk XR

Selain itu, peranti berkenaan juga dikatakan akan menggunakan versi Android yang tersuai untuk realiti campuran, menawarkan video boleh tembus berwarna penuh bersama-sama pemprosesan AI yang berkuasa. Ia juga menyokong ketersambungan Wi-Fi 7, dan juga integrasi yang lancar dengan ekosistem peranti Samsung. Foto yang dikatakan produk berkenaan juga dikatakan pernah tertiris di arena web pada Ogos tahun lalu.

https://twitter.com/Tech_Reve/status/1757941452045484479?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1757941639702851887%7Ctwgr%5Ed7f2f5690c64f7fd629b0a34df586a8581524322%7Ctwcon%5Es2_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.lowyat.net%2F2024%2F316597%2Fsamsung-xr-headset-launch-rumour%2F

Sama ada Samsung akan melancarkan set kepala XR buatannya pada tahun ini masih lagi belum diketahui. Menurut pentiris maklumat Revengus, peranti berkenaan dikatakan akan diperkenalkan pada sekitar pertengahan tahun 2024. Ini bermakna, ia mungkin diperkenalkan bersama-sama Galaxy Z Fold 6 dan Z Flip 6 yang kedua-duanya juga masih lagi belum diumumkan secara rasminya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.