Utama Mobile Samsung tutup sementara kilangnya di Korea Selatan berikutan wabak COVID-19

Samsung tutup sementara kilangnya di Korea Selatan berikutan wabak COVID-19

622
0

Samsung dilaporkan telah menutup sebuah kilangnya di Gumi, Korea Selatan untuk sementara waktu. Menurut laman berita Korea Selatan, Hankyung, seorang pekerja kilang berkenaan telah dijangkiti Coronavirus COVID-19 dan telah dipindahkan ke sebuah hospital di Chuncheon.

Di dalam sebuah kenyataan media dari pihak Samsung, pekerja berkenaan telah dijangkiti selepas bertemu dengan individu yang dikuarantin. Samsung kini juga telah melaksanakan langkah tambahan bagi menguji sebarang kemungkinan jangkitan lain.

Kilang pengeluaran Samsung di Gumi diketahui bertanggungjawab dalam menghasilkan telefon pintar boleh lipat Samsung iaitu Galaxy Fold dan Galaxy Z Flip. Penutupan sementara ini berkemungkinan bakal menyebabkan kekurangan bekalan untuk kedua-dua model tersebut. Namun, dijangka tidak akan memberikan kesan besar terhadap keseluruhan pengeluaran telefon pintar Samsung.

Samsung juga telah mengeluarkan arahan pengeluaran kilangnya di Gumi akan kembali beroperasi seperti biasa pada 24 Februari ini. Walaubagaimanapun, akses ke bahagian di mana pekerja yang dijangkiti berkenaan akan hanya dibenarkan pada 25 Februari 2020.

Sumber berita dan imej cover diperoleh dari Hankyung

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.