Samsung dijangkakan akan melancarkan SSD berasaskan SATA dengan kapasiti storan 8TB. Maklumat ini dilaporkan menerusi laman forum Tom’s Hardware yang menemukan penyenaraian dua buah model SSD Samsung 8709 QVO di Amazon.
Laman berkenaan yang bagaimanapun telah ditutup menyenaraikan dua buah peranti berdasarkan nombor SKU masing-masing iaitu MZ-77Q8T0B/AM and MZ-77Q1T0B/AM. MZ-77Q8T0B/AM merujuk kepada kapasiti storan 8TB manakala MZ-77Q1T0B/AM pula merujuk kepada kapasiti storan 1TB.
Turut dinyatakan adalah harga bagi kedua-dua peranti storan berkenaan iaitu 8TB pada harga US$900 (~RM3825) dan 1TB pada harga US$130 (~RM552). Tiada maklumat lain didedahkan melainkan penggunaan nama QVO yang memberi makna penggunaan teknologi Samsung QLC 3D V-NAND pada SSD berkenaan.
Buat masa ini, kapasiti SSD terbesar di pasaran umum adalah 2TB. Namun, mengambil kira saiz file judul-judul permainan keluaran terbaru yang kian membesar, keperluan untuk kapasiti yang lebih besar sememangnya meningkat.
Contohnya seperti permainan Call of Duty: Modern Warfare yang saiznya kini hampir mencecah 200GB. Untuk permainan lain pun, termasuk Star Wars Jedi: Fallen Order dan lain-lain kebanyakannya mencecah saiz lebih dari 50GB.