Utama Samsung Samsung melancarkan barisan TV baharunya Neo QLED 8K 2022

Samsung melancarkan barisan TV baharunya Neo QLED 8K 2022

793
0
Samsung Neo QLED 8K TV 2022 - 1

Samsung secara rasminya telah melancarkan barisan televisyen baharunya Neo QLED 8K di Malaysia hari ini. Barisan keluaran 2022 ini merupakan pembaharuan dari barisan yang dilancarkan pada tahun lepas dengan menawarkan pelbagai ciri baharu dan penambahbaikan.

TV Neo QLED 8K keluaran tahun 2022 ini menggunakan cip Neural Quantum Processor 8K yang menurut Samsung kini menawarkan 20 rangkaian neural bebas kecerdasan buatan (AI). Setiap satunya digunakan bagi tujuan menganalisa dan kemudiannya mengoptimasikan kualiti gambar yang dihasilkan.

Pemprosesan ini juga digandingkan dengan paparan LED Quantum Mini baharu dari Samsung. Ia membolehkan setiap model mengawal pencahayaan secara tepat dan jitu menerusi ciri yang digelar sebagai Shape Adaptive Light Control.

Satu lagi ciri baharu yang diperkenalkan pada barisan Neo QLED 8K baharu pada tahun ini dan juga pemprosesannya adalah ciri yang dikenali sebagai Real Depth Enhancer.

Secara asasnya, ia berfungsi dengan mengimbas skrin dan kemudian akan memaksimakan kontras disamping mempertingkatkan subjek yang dipaparkan. Turut diperkenalkan sokongan 14-bit HDR Mapping.

Televisyen Samsung Neo QLED 8K QN900B canggih dan sarat dengan teknologi media terkini

Samsung TV Neo QLED 8K Malaysia PriceBuat masa ini, model paling mercu Neo QLED 8K, QN900B didatangkan dengan sistem audio soundbar yang menyokong Dolby Atmos dengan kesemua bunyi disalurkan menerusi sistem audio 6.2.4 saluran 90W.

Melaluinya, saluran atas pembesar suara berkenaan menyokong fungsi Tracking Sound Pro. Fungsi ini juga digunakan pada ciri pengecaman suara dari Samsung iaitu Voice Tracking Sound.

Seterusnya, TV Neo QLED 8K baharu ini juga didatangkan dengan empat port HDMI 2.1. Malah, barisan TV berkenaan pada tahun ini juga lebih mesra pemain-pemain permainan video melalui sokongan pada ciri seperti Motion Xcelerator Turbo Pro.

Ia membolehkan TV berkenaan menayangkan pada kadar penyegaran sehingga 144Hz pada resolusi 4K. Selain itu, sokongan permainan video juga dipertingkatkan melalui ciri Super Ultrawide GameView dan Game Bar.Samsung Neo QLED 8K TV 2022 Gaming

Tidak ketinggalan, TV terbaru keluaran Samsung ini juga didatangkan dengan sokongan Smart Things yang mampu berperanan sebagai hab kawalan berpusat bagi peranti-peranti Samsung lain di rumah jika pengguna berhasrat untuk menjadikannya.

Harga TV Samsung Neo QLED 8K (2022)

Samsung TV Neo QLED 8K Malaysia LaunchHarga bagi barisan televisyen Samsung Neo QLED 8K pada tahun ini adalah bermula dari RM12,499 untuk model 55-inci dan sehingga RM49,999 bagi model 85-inci.

ModelHarga jualan
85’’ Neo QLED 8K QN900BRM49,999
75’’ Neo QLED 8K QN900BRM34,999
65’’ Neo QLED 8K QN900BRM23,999
85’’ Neo QLED 8K QN800BRM33,999
75’’ Neo QLED 8K QN800BRM24,999
65’’ Neo QLED 8K QN800BRM18,999
55’’ Neo QLED 8K QN700BRM12,499

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.