Kuala Lumpur, 11 Mac 2025 – Hanya beberapa hari selepas kehangatan pengumuman besar berkaitan siri TV minggu lalu, Samsung Malaysia melancarkan cabaran bandaraya yang menarik. Bermula hari ini, penumpang di seluruh Kuala Lumpur akan terkejut dengan kemunculan kempen Galaxy A terbaru dan terbesar Samsung Malaysia – The Aye Train, di mana 10 buah tren MRT telah dibalut sepenuhnya dengan reka bentuk khas, menjadi taman permainan bergerak yang tidak boleh dilepaskan.
Aktivasi penuh tenaga ini turut menyertakan pertandingan interaktif “AYE Heard That!” daripada Galaxy A – dengan hadiah sebanyak 30 unit tablet Samsung Galaxy Tab S9 FE+ (256GB) untuk dimenangi! Caranya mudah sahaja: dengar dengan teliti dan kira berapa kali anda mendengar perkataan “Aye” semasa perjalanan anda. Peserta boleh imbas kod QR di dalam gerabak untuk menghantar jawapan mereka menerusi platform media sosial Samsung Malaysia, beserta hashtag #AYEHeardThat #KitaPilihAYE #GalaxyA56. Dengan hanya mengikuti akaun @SamsungMalaysia di Instagram, peserta berpeluang memenangi salah satu daripada tablet premium ini.
Gerabak MRT yang dipaparkan secara keseluruhan ini mempromosikan barisan telefon Galaxy A56 dan Galaxy A36 terbaru, yang penuh dengan inovasi hebat Samsung. Didorong oleh Awesome Intelligence (AI), Siri Galaxy A memberi prestasi yang lebih cerdik dan adaptif mengikut penggunaan, dari peningkatan kualiti gambar hingga pengoptimuman hayat bateri.
Dengan Knox Vault, pengguna menikmati perlindungan tahap tinggi yang menyimpan data dan kata laluan sensitif dengan selamat, manakala Samsung Wallet pula menawarkan pembayaran secara tap-and-go serta penyimpanan digital untuk kad, e-pass dan kad pengenalan. Disokong oleh jangka hayat bateri yang panjang, kamera yang serba guna untuk merakam dalam pelbagai sudut, dan sehingga empat generasi kemas kini OS, Galaxy A menjadikan ciri-ciri bersifat flagship kepada lebih ramai pengguna dari sebelum ini.
Beli Galaxy A56 5G dan Galaxy A36 5G untuk Nikmati Hadiah Bernilai Sehingga RM329!
Model | RAM + Memori | Harga | Ketersediaan Warna | Promosi |
Galaxy A26 5G | 6+128GB | RM 1,199 |
|
|
8+256GB | RM 1,399 | |||
Galaxy A36 5G | 6+128GB | RM 1,499 |
|
|
12+256GB | RM 1,699 | |||
Galaxy A56 5G | 8+128GB | RM 1,999 |
|
|
12+256GB | RM 2,199 |
Promosi adalah tertakluk kepada stok yang ada. Terma dan syarat lazimnya diguna pakai.
Apa Lagi Yang Anda Tunggu? Beli Siri Galaxy A Hari Ini!
- Galaxy A56 5G:(https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a56-5g-awesome-lightgray-256gb-sm-a566b zauxme/buy/)
- Galaxy A36 5G: (https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a36-5g-awesome-lavender-256gb-sm-a366b lvuxme/)
- Galaxy A26 5G: Klik di sini