Kuala Lumpur, 26 Jun 2025 – Hisense, jenama terkemuka dalam elektronik pengguna dan peralatan rumah tangga global, kini berada di bawah sorotan dunia dengan mesej menarik di tepi padang “HISENSE 100″ TV, No.1 GLOBAL” yang dipaparkan di stadium Piala Dunia Kelab FIFA™ 2025, mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin dalam teknologi paparan skrin besar.
Menurut data Omdia untuk Suku Pertama 2025, Hisense menduduki tempat pertama secara global dari segi saham jumlah (volume share) dalam pasaran TV bersaiz 100 inci ke atas (56.7%) dan TV MiniLED (29.3%). Hisense telah terus memimpin pasaran TV 100 inci ke atas sepanjang tahun 2023, 2024, dan suku pertama 2025, manakala dalam segmen MiniLED pula, ia muncul juara hasil daripada inovasi berterusan dalam teknologi pencahayaan belakang dan imej.
Untuk mengukuhkan lagi kedudukan kepemimpinan Hisense dalam kedua-dua segmen TV 100 inci ke atas dan TV MiniLED, Siri ULED MiniLED U7 direka khusus untuk peminat sukan dan permainan video. Siri ini memberikan kontras yang lebih dalam, kecerahan yang lebih tinggi, serta butiran imej yang lebih halus berbanding TV LED biasa. Dengan Mod Permainan Ultra (Game Mode Ultra) dan prestasi seperti filem, Siri U7 menyediakan pengalaman menonton yang lebih mendalam dan responsif, membolehkan pengguna menikmati setiap saat sepenuhnya.
Sebagai Rakan Rasmi Piala Dunia Kelab FIFA 2025™, Hisense memanfaatkan pentas global ini untuk mengukuhkan hubungan emosi dengan para peminat sukan serta meningkatkan kesedaran jenama. Momentum global ini disokong oleh kehadiran kukuh syarikat yang beroperasi di lebih 160 negara, dengan 36 taman perindustrian dan 31 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang memacu inovasi tempatan dan pengeluaran berkualiti dunia.
Melalui produk yang dipandu inovasi dan pemasaran sukan yang berkesan, Hisense terus membantu pengguna di seluruh dunia untuk “Nikmati Momen Ini”, membawa kegembiraan stadium ke setiap rumah.