HONOR secara rasminya telah melancarkan telefon pintar mercu terkininya Magic V5 di China. Telefon pintar boleh lipat gaya buku ini diperkenalkan sebagai paling nipis di dunia dengan ketebalan 8.8mm apabila dilipat dan seberat 217 gram sahaja.
Ia nipis sedikit berbanding OPPO Find N5 yang berukuran 8.9mm apabila dilipat. Ukuran ini bagaimanapun tidak mengambil kira ketebalan pada bonggol kameranya.
Selain itu, Magic V5 menampilkan paparan luaran OLED 6.43-inci dan paparan dalaman OLED 7.95-inci. Paparan luaran ini diperkasakan dengan perlindungan HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield. Telefon pintar ini juga mempunyai penarafan kerintangan debu dan air IP59, peningkatan ketara dari model terdahulu yang mempunyai penarafan kerintangan IPX8 sahaja.
@harianteknologi HONOR MAGIC V5. Telefon pintar boleh lipat baharu keluaran yang menampilkan ciri yang dinaik taraf dari model sebelumnya. Antaranya, bahan lebih lasak terutama pada engsel dan juga skrin dalamannya. Ia juga mempunyai penarafan IP68 & IP67 untuk ketahanan debu dan air Nantikan kemunculan rasmi yang dijangka pada bulan ini. #honor #honormagicv5 @honormalaysia
♬ Jazz masterpiece “As time goes by” covered by a Jazz violinist by profession(962408) – ricca
HONOR Magic V5 ditawarkan dengan pilihan warna Ivory White, Black, Dawn Gold, dan Reddish Brown dengan harga bermula dari CNY8,999 (~RM5,304) untuk konfigurasi asas 12GB+256GB. Untuk pilihan storan lain seperti 16GB+512GB dijual pada harga CNY9,999 (~RM5,893) dan 16GB+1TB berharga CNY10,999 (~RM6483).
Telefon pintar ini dijangka akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi dan kemungkinan di dalam bulan ini.