Samsung memperluaskan barisan produk storan mudah alihnya di Malaysia dengan melancarkan dua siri kad mikroSD baharu, iaitu T7 dan T9.

Pelancaran ini memfokuskan kepada penawaran kapasiti storan yang lebih besar sehingga 1TB. Turut ditawarkan prestasi kelajuan yang disesuaikan mengikut keperluan pelbagai segmen pengguna.

Kedua-dua siri ini diperkenalkan dengan strategi pejenamaan yang lebih jelas bagi memudahkan pengguna membuat pilihan yang tepat.

Siri T7 direka sebagai pilihan storan harian yang serba boleh. Manakala siri T9 diposisikan sebagai varian kelas atasan bagi mengendalikan beban kerja yang lebih intensif.

Menurut Samsung, siri T7 disasarkan khusus untuk pemain permainan video kasual yang menggunakan peranti seperti konsol. Pencipta kandungan juga boleh memanfaatkan siri T7 ini sebagai storan harian yang boleh dipercayai.

Siri T9 pula menawarkan kelajuan bacaan puncak yang lebih tinggi dan perlindungan 6-proof. Ia direka khusus untuk menyokong beban kerja fail besar seperti untuk rakaman dron atau kamera aksi.

Spesifikasi kad mikroSD siri T7, T9

Spesifikasi Kad MikroSD Samsung T7 Kad MikroSD Samsung T9
Pilihan Kapasiti 128GB, 256GB, 512GB, 1TB 128GB, 256GB, 512GB
Kelajuan Bacaan Maksimum Sehingga 170MB/s Sehingga 200MB/s
Kelas Kelajuan Video V30 (Semua kapasiti) V30 (Semua kapasiti)
Prestasi Aplikasi A2 (Semua kapasiti) A2 (Semua kapasiti)
Kelas Kelajuan UHS U3 (Semua kapasiti) U3 (Semua kapasiti)
Ciri Perlindungan Tambahan Standard 6-proof protection
Sasaran Pengguna Pemain kasual, pencipta kandungan harian Profesional, pengguna dron/kamera aksi


Kehadiran siri kad mikroSD T7 dan T9 ini memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna untuk mengembangkan ruang storan peranti mereka tanpa perlu mengorbankan kelajuan dan kebolehpercayaan peranti. Anda yang berminat sudah boleh mendapatkan memori storan baharu ini di pasaran tempatan, tertakluk kepada ketersediaan stok semasa.

Tinggalkan komentar