Utama Perkakasan MediaTek MediaTek Dimensity 8250 diumumkan; Cip Dimensity 8200 yang dikerjakan semula

MediaTek Dimensity 8250 diumumkan; Cip Dimensity 8200 yang dikerjakan semula

135
0

MediaTek telah memperbaharui cipset Dimensity 8200 dari akhir tahun 2022 dengan nama ‘Dimensity 8250’. Cip asal ini menonjol pada zamannya kerana ia merupakan cipset 4nm pertama MediaTek di bawah siri 9000.

Cip ini juga dibuat pada nod 4nm TSMC (N4) dan melihat pada helaian spesifikasi untuk kedua-dua 8200 dan 8250, ia dilihat tidak banyak menawarkan perubahan kecuali peningkatan nombor model.

Pemprosesan baharu daripada MediaTek ini masih lagi boleh dianggap sebagai pemprosesan berkuasa menenangah. Ia hadir dengan empat teras Cortex-A78 (satu pada 3.1GHz, tiga lagi pada 3.0GHz) dan empat teras Cortex-A55 (pada 2.0GHz). GPU lebih mengagumkan dengan konfigurasi Mali-G610 MC6. Pemacu paparan menyokong paparan hingga FHQ+ pada 180Hz atau paparan QHD+ pada 120Hz.

Telefon pintar dengan Dimensity 8250 (seperti 8200) boleh dikonfigurasikan dengan RAM LPDDR5 empat saluran (sehingga 6,400Mbps) dan storan UFS 3.1.

Dari segi kamera, ISP melakukan pemprosesan HDR dalam 14-bit dan boleh mengendalikan sensor sebesar 320MP atau tiga kamera 32MP secara serentak. Apabila dipasangkan dengan sensor utama beresolusi tinggi, cipset ini menyediakan 2x zoom tanpa kemerosotan kualiti.

4K kini lebih cun!

Rakaman video 4K tersedia hingga 60fps dan cip ini mempunyai penyahkodan AV1 terbina dalam hingga 4K (semakin mustahak selepas YouTube telah beralih ke AV1). Penyesuai paparan juga mengendalikan HDR10+ Adaptive dan terdapat penukaran SDR-ke-HDR terbina dalam – dengan AI, yang juga melakukan pengurangan bunyi untuk video.

Seperti cipset Dimensity yang lain, cip ini mempunyai modem 5G dengan kelajuan muat turun sehingga 4.7Gbps. Kesambungan tempatan diuruskan oleh Wi-Fi 6E tiga jalur (ax, 2×2) dan Bluetooth 5.3 (dengan Audio Bluetooth LE).

Cipset ini menampilkan APU 580 MediaTek untuk pengiraan AI dan ia telah dioptimumkan untuk bekerja secara gigih (pulun, bak kata orang Kedah) dalam tempoh singkat untuk mengekalkan suhu dan penggunaan kuasa yang terkawal.

Cipset Dimensity 8250 pertama akan datang tidak lama lagi dengan Oppo Reno12 dijangka akan diperkenalkan pada Khamis minggu depan, 23 Mei ini. Reno12 Pro pula dijangka akan menggunakan “Dimensity 9200+ Star Speed Edition” untuk pemprosesannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.