Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar mercunya, Galaxy S26 Ultra. Peranti premium ini membawakan beberapa peningkatan ketara dari segi perkakasan dan sokongan kecerdasan buatan (AI). Ia kini ditawarkan pada harga bermula RM6,799 untuk pasaran tempatan.

Model teratas dari siri mercu ini mengekalkan penggunaan skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.9 inci. Paparan ini juga dilengkapkan dengan resolusi QHD+. Untuk memastikan kelancaran pengendalian visualnya, telefon pintar ini juga mempunyai kadar segar semula adaptif 120Hz.

Peningkatan paling ketara ditumpukan pada keupayaan fotografi. Lensa utama 200MP padanya kini dilengkapkan bukaan apertur f/1.4 yang lebih besar. Ia sekali gus membolehkan rakaman gambar 47 peratus lebih cerah berbanding generasi sebelumnya.

Selain itu, lensa telefoto 50MP dengan kemampuan Zum Optikal 5x juga menerima naik taraf apertur kepada f/2.9. Membolehkan ia berupaya memberikan 37 peratus lebih kecerahan.

Paparan privasi yang baharu diperkenalkan merupakan ciri eksklusif paling menarik pada Samsung Galaxy S26 Ultra. Ia merupakan satu-satunya model dalam siri S26 yang menerima fungsi perlindungan berasaskan perkakasan.

Ekosistem perisian peranti ini terus dipacu oleh Galaxy AI. Ia kini menawarkan ciri Photo Assist dan Creative Studio untuk penciptaan seni digital. Tidak ketinggalan, penambahbaikan pada fungsi harian pengguna seperti Now Brief dan Circle to Search With Google.

Spesifikasi Samsung Galaxy S26 Ultra

Harga: RM6,799 (RAM 12GB, storan 512GB)
RM7,999 (RAM 16GB, storan 1TB)
Ukuran: 6.44 x 3.07 x 0.31 inches (163.6 x 78.1 x 7.9mm)
Berat: 214g
Paparan: 6.9 inci QHD+ sehingga 120Hz AMOLED
Pemprosesa: Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy
RAM: 12GB atau 16GB
Storan: 256GB (tidak ditawarkan di Malaysia), 512GB atau 1TB
Sistem Operasi: Android 16 melalui One UI 8.5
Kamera utama: utama 200MP (f/1.7)
telefoto 50MP (5x, f/3.4)
telefoto 10MP (3x, f/2.4)
ultra lebar 50MP (f/1.9)
Kamera hadapan: 12MP (f/2.2)
Bateri: 5,000mAh
Pengecasan: Berwayar 60W
Warna: Cobalt Violet, Black, Sky Blue and White

Samsung Galaxy S26 Ultra boleh didapati pada harga RM6,799 untuk varian 12GB+512GB dan RM7,999 bagi varian tertinggi 16GB+1TB. Kesemua model tampil dengan empat pilihan warna seragam iaitu Cobalt Violet, Putih, Hitam, dan Sky Blue.

Buat anda yang menjadi pembeli terawal, Samsung Malaysia menawarkan pelbagai promosi istimewa. Antaranya, gandaan storan, Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM1,200, rebat segera RM700 menerusi kad bank terpilih, penjimatan sehingga RM4,000 menerusi program Galaxy Forever, serta pelan ansuran 0% sehingga 36 bulan.

Tinggalkan komentar