HONOR Malaysia hari ini telah mula mengacah kehadiran sebuah telefon pintar baharu yang bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Peranti misteri ini memfokuskan kepada penawaran kapasiti storan yang sangat besar. Ia dijangka akan dijual pada harga mampu milik di bawah paras RM1,500.

Berdasarkan imej yang dikongsikan di platform rasmi HONOR, sebahagian rekaan panel belakang peranti tersebut dipamerkan. Ia jelas menampilkan seni bina modul kamera berbentuk tiga segi (triangular). Menyerupai gaya susunan lensa pada peranti iPhone.

Kehadiran peranti ini juga dilihat seiring dengan acara pameran antarabangsa Mobile World Congress (MWC) 2026. Menurut HONOR, peranti ini “menawarkan storan terbesar dalam julat harganya, iaitu di bawah RM1500”.

Spesifikasi penuh peranti ini masih dirahsiakan buat masa ini. Walau bagaimanapun, HONOR Malaysia mengesahkan butiran lanjut termasuk ketersediaan dan harga rasmi di Malaysia akan diumumkan tidak lama lagi. Nantikan pengumuman rasmi daripada pihak HONOR dalam masa terdekat.

Tinggalkan komentar